Nuffnang

#KedahBergolak : Polis Beri Amaran Jangan Libatkan Istana


Polis Kedah memberi amaran agar tiada pihak mengheret pihak istana dalam kemelut politik yang sedang melanda negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Zamri Yahya berkata, perbuatan menyebarkan berita mengenai keengganan pihak istana berjumpa dengan mana-mana ahli politik Kedah wajar dihentikan.

“Elok dihentikan penyebaran segala berita yang melibatkan pihak istana kerana kemelut politik ini masih di peringkat penyelesaian.

“Kita akan pantau segala penyebaran maklumat palsu sebegini dan tidak mahu berita sebegini mengeruhkan keadaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai penyebaran maklumat palsu di aplikasi WhatsApp yang menyebut kononnya Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah serta Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah enggan menerima menghadap mana-mana ahli politik.

Tuanku juga dikatakan meminta Perdana Menteri untuk mengekalkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14.

Menurut Zamri, situasi terkini di negeri ini juga stabil walaupun terdapat beberapa siri perhimpunan yang diadakan para penyokong Mukhriz di beberapa lokasi.

“Keadaan stabil dan terkawal dan penyokong juga dapat mengawal emosi masing-masing,” jelasnya.

Utusan

Share this:
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top