Nuffnang

SATU ALIRAN: Profesor Cina Berani Sanggah DAP, MCA Dan GERAKAN!!!


Masih belum terlambat untuk kerajaan ‘campur tangan’ dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara dan perpaduan antara kaum melalui sistem sekolah satu aliran. 

Teo Kok Seong Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memecahkan sentimen perkauman yang semakin menebal khususnya dalam kalangan generasi muda. 

Jelasnya, kewujudan sekolah vernakular hanya akan memburukkan keadaan kerana berterusan melahirkan generasi yang cenderung mengamalkan polarisasi dalam kehidupan. 

Malah katanya, Malaysia dilihat semakin hilang semangat perpaduan antara kaum apabila wujudnya masyarakat mengamalkan sikap berpuak-puak yang bukan hanya berlaku dalam arena politik negara, malah di peringkat institusi pengajian tinggi dan tempat kerja. 

“Negara telah merdeka sejak 58 tahun lalu dan sepatutnya cukup matang untuk berdiri dengan bahasa rasminya. Ini tidak, bahasa yang dibawa oleh penjajah masih diagungkan. 

“Masih tidak terlambat untuk negara dirikan sekolah satu aliran. Biarlah orang kata ‘sesat di tengah jalan tetapi pulang ke pangkal jalan’ daripada terus membiarkan negara dijajah semula oleh orang asing. Kerana itu mempertahankan perpaduan perlu segera dilakukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau mengulas saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berhubung sistem sekolah satu aliran merupakan antara usaha yang perlu diutamakan oleh kerajaan bagi memastikan setiap murid daripada pelbagai kaum dapat mengenali antara satu sama lain. 

Tambahnya, tujuh jenis sistem pendidikan sekolah rendah yang ada pada masa ini juga menjadi ‘duri’ yang menghalang penyatuan pelbagai kaum di Malaysia. 

“Kewujudan sekolah swasta, persendirian Cina, antarabangsa serta belajar di rumah perlu dimansuhkan sementara sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan dan agama digabungkan dalam sistem sekolah satu aliran. 

“Belajar tanpa mengira bangsa (kaum) di dalam satu kelas akan melahirkan generasi yang menghormati agama lain, sekali gus perpaduan dapat dieratkan,” ujarnya.-Utusan Malaysia
Share this article

1 Komen:

  1. Prof cina bukan takat BERANI tentang DAP, MCA, GERAKAN.....tapi Ah Jib Gorpun dia berani lawan.

    Bukan Ah Jib Gor ke yang jadi "PAPA" pada sekolah2 jenis kebangsaan terutamanya SJK CINA?

    Bukan takat sek rendah, masuk U nantipun kalau boleh Ah Jib Gor nak perkasakan lagi polarisasi kaum CINA....kan Uni China guna bahasa Cina LULUS utk pembukaan dgn terbilangnya di tanah yang Tuannya MELAYU n berbahasa MELAYU ini.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top