INSIDEN memalukan membabitkan Duta China ke negara ini, Huang Huikang sepatutnya tidak berlaku kalau orang-orang DAP tertentu tidak memutar belitkan kenyataannya mengenai negara China dan orang cina di Malaysia.
Muktahir ini, banyak perkembangan menunjukkan bahawa ia adalah salah orang-orang DAP tertentu menafsir ucapan Huikang dalam majlis di Jalan Petaling tersebut sehingga perkara ini berlaku, sedangkan beliau (Huikang) dan negara China sendiri tidak melakukan sebarang kesalahan.
Penulis pernah sebut, ketika orang cina Indonesia dibunuh secara beramai-ramai pada tahun 1998 pun, China tidak menghantar tenteranya untuk menyelamatkan mereka, bahkan orang cina Indonesia yang terselamat pada ketika itu juga tidak lari ke China tapi sebaliknya ramai berlindung di Pulau Pinang yang ketika itu masih dibawah BN.
Itu pembunuhan beramai-ramai, pun China tidak masuk campur, inikan pulak ancaman perhimpunan oleh kumpulan Baju Merah. Polis di Malaysia ini pun sudah lebih dari cukup untuk menyelamatkan peniaga cina yang menjalankan perniagaan disitu kalau pun perhimpunan itu berlaku seperti mana pada 16 September lepas.
Cina Indonesia (begitu juga cina Malaysia) bukan rakyat China, dia nak masuk campur buat apa? Lainlah kalau warganegara China yang kena, itu mungkin cerita lain. Ada 1.4 billion rakyat China yang nak difikirkan kerajaan China, lagi nak fikir rakyat negara orang lain sekalipun sama etnik dan keturunannya di tempat lain dalam dunia?
Mana ada logiknya.
Justeru, tindakan perlu diambil ke atas orang-orang DAP yang berkenaan, penulis dah sebut awal lagi. DAP bukan cina, cina bukan DAP katanya tapi dalam hal-hal macam ini nampak tanggapan yang bermain di kepala ramai orang itu memang betul.
Sebab itu dalam isu berkaitan orang cina, DAP yang lebih dulu ke depan, bukan sangat mempertahankan tapi lebih kepada nak mengambil kesempatan.
Kedutaan China pun selepas ini perlu menyenarai hitamkan orang-orang DAP yang berkenaan dari menghadiri majlis rasmi yang dihadiri Dutanya. Ini bagi mengelakkan kejadian serupa berulang di masa hadapan yang mana boleh mendatangkan mudarat lebih dari kebaikan.- SUMBER
Pendirian Kerajaan China Berhubung Isu
Kerajaan China mempertahankan kenyataan Dutanya ke Malaysia, Dr Huang Hui Kang yang tidak berniat masuk campur dalam hal ehwal dalaman negara ini ketika membuat lawatan kepada peniaga Cina di Jalan Petaling di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata Dr Huang hanya melawat masyarakat Cina dan ia semata-mata lawatan muhibah sempena perayaan pertengahan musim luruh.
Jelasnya, China tidak campur tangan dalam ehwal negara lain termasuk isu politik dan hal ehwal dalaman negara.
“China dan Malaysia merupakan negara jiran, jadi kami berharap Malaysia boleh mengekalkan perpaduan dan kestabilan serta keharmonian etnik negara,” katanya.
Sebelum ini dalam satu lawatan di Jalan Petaling, Huang dilaporkan berkata Beijing menentang keganasan ekstremisme dan diskriminasi kaum.
Katanya, negara China mengecam golongan yang menggunakan keganasan dalam usaha mengganggu ketenteraman awam selain mengakui kerajaan China cintakan keamanan sesama kaum dalam hubungan antarabangsa dan tidak akan masuk campur dalam mana-mana isu domestik negara-negara lain.
Kenyataannya itu secara halus merujuk kepada himpunan protes baju merah di Jalan Petaling pada 16 September lalu. Ia berikutan Jalan Petaling merupakan lokasi di mana polis terpaksa menggunakan meriam air untuk menyuraikan himpunan yang ingin masuk kawasan itu tersebut secara paksa.
Bagaimanapun difahamkan Dr Huang telah bertemu dengan pemangku Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Putrajaya.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....