Nuffnang

SEDARLAH : Matlamat DAP Pecah-Belahkan Melayu Dan Islam!!!


DAP sentiasa merancang supaya umat Islam lemah.DAP sanggup membelanjakan banyak  harta dan wang ringgit untuk memastikan mereka mencapai matlamat iaitu menghancurkan Islam dan menguasai pemikiran  penyokong mereka yang beragama Islam agar mengikut telunjuk mereka.


Setelah banyak artikel yang saya keluarkan untuk menyedarkan orang Melayu betapa bahayanya DAP terhadap agenda mereka kepada  negara ini. Seterusnya saya paparkan lagi apa yang saya ingin paparkan iaitu bagaimana DAP sebagai kafir harbi yang mesti ditentang  habis-habisan.

Hakikatnya hanya bukan Islam (DAP) yang memusuhi umat Islam, perkara yang sebenarnya ialah takut kepada Islam.

Kita boleh melihat bagaimana DAP apabila disebut Hudud dan mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam , maka mereka mencari pelbagai alasan untuk menghasut bagi mengagalkan dan menentang dalam apa cara sekalipun.

Apa yang tidak dilakukan oleh DAP, mereka sanggup berpura pura untuk berbaik-baik dan berkerjasama dengan orang Islam untuk menolak Islam secara halus dengan pertolongan  orang Islam itu sendiri.

DAP sanggup menyembunyikan permusuhan mereka demi untuk mencapai cita cita untuk menghancurkan Islam dengan sikap berbaik baik dan kepura-puraan. Lihat sahaja apa yang telah berlaku di Selangor dan Pulalu Pinang.

Apabila mereka menang dalam pertandingan atau pilihanraya, mereka akan mendakwa bahawa semua itu adalah hasil kerja keras selama ini.

Dan akan berlaku sebaliknya , mereka akan meyalahkan orang lain atau sekutu mereka  dengan memfitnah  bahawa kekalahan mereka  disebabkan oleh penipuan.

Dalam Al Quran telah banyak dipesankan perancangan kafir harbi yang memusuhi Islam ini . Kafir Harbi sebagaimana DAP yang ada di Malaysia. Diantara ayat ayat  didalam Al Quran ialah. Surah Al- Maidah[5]:82 , Surah Saad[38:2, Surah Al Imran[3]:151, Surah Al- A’Araf[7]:131 dan surahAl- Anfal[8]:36.

Apakah peringatan-peringatan yang telah diberikan oleh Allah tidak dapat membuka mata sekelian Melayu yang beragama Islam di Malaysia dan menolak DAP dan berikrar bahawa DAP adalah musuh Islam yang nyata..

Dalam hal ini DAP yang bergerak sebagai pembangkang di Malaysia akan melakukan apa juga cara penentangan  kepada kerajaan dan sentiasa memutarkan kebenaran untuk  rakyat tertipu dengan  apa yang mereka  hebahkan.

Tindakan mereka kebanyakannya mengancam keharmonian, dan secara tidak langsung melanggar perjanjian yang dipersetujui serta keserpakatan yang terjalin dalam perlembagaan Malaysia. 

Mereka akan buat dan lakukan apa sahaja untuk memastikan kepentingan mereka diutamakan .

Sekarang kita telah melihat bagaimana tipu helah yang dilakukan oleh mereka.

Tetapi generasi muda tidak pernah  melihat ini dari sudut ideologi dan perjuangan DAP yang sebenarnya.

Sebagaimana kita ketahui DAP tidak akan menggunakan organisasi yang mereka anggotai akan tetapi  kita dapat melihat bahawa DAP terus menggunakan  NGO NGO yang mereka taja untuk membawa misi  tuntutan yang memberikan kepentingan kepada bangsa mereka.

Dengan cara ini DAP dilihat bukan sebagai sebuah pertubuhan yang rasis, namun disebaliknya NGO tersebut akan menerima impak yang dibawa.

Dalam hal ini jika berlaku tentangan dan penolakan dari kerajaan. Dimasa ini baru lah mereka menyuarakan pendapat dan  menyokong tuntutan tersebut.

Sedar atau tidak bahawa Melayu yang selama ini termakan dengan pujuk rayu DAP telah terperangkap dan terpaksa mengikut telunjuk DAP setelah  termakan budi yang banyak.

Bukan sekadar ideologi politik tetapi Melayu yang ada dalam DAP sebagai pengerak  agenda DAP memusnahkan Melayu Islam dalam negara ini.

Peringatan Allah dalam Al Quran telah jelas mernunjukkan bahawa  kafir harbi yang mempunyai helah dan  tipu muslihat sedaya upaya akan menggunakan apa cara untuk mencapai cita citanya.

*Artikel ini dipetik dari Blog Megat Panji Alam
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top