Nuffnang

RAFIZI : PKR Telah Dapat Keputusan, Cuma......


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyatakan bahawa PKR sudah menemui jawapan mengenai pendirian parti itu berkenaan isu hubungan dalam Pakatan Rakyat‎.

Namun, ujarnya masih terdapat sedikit kelompongan yang perlu diperbincangkan dan diperhalusi.

‎"Kita sudah ada mesyuarat yang panjang dan sudah dapat keputusan cuma... ada beberapa perkara yang perlu dirundingkan dan dibincangkan sedikit lagi," katanya kepada pemberita selepas selesai mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu Pejabat PKR lewat malam tadi.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, parti akan mengeluarkan kenyataan rasmi sedikit masa lagi.

‎"Parti akan keluaran kenyataan dalam masa yang difikirkan sesuai, ‎yang lain itu semua dalam ilmu ALLAH," katanya.

Mesyuarat yang berlangsung hampir empat jam itu turut melibatkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan beberapa orang lagi pemimpin kanan PKR.

Bagaimanapun kelibat Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tidak kelihatan.

‎Hanya Rafizi yang menjawab pertanyaan media, pemimpin yang lain enggan mengulas.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top