Nuffnang

MENGEJUTKAN!!! Pendedahan Wartawan Pro Reformasi Mengenai PAS Selangor!!!



Tindakan beberapa pemimpin PAS yang berkeras kononnya Pakatan Rakyat masih wujud di antara parti itu dengan PKR jelas dipengaruhi oleh anasir yang mahukan kerajaan negeri Selangor hancur.

Pengarah Pilihan Raya PAS Mustafa Ali, sebelum ini berkata, Pakatan tidak hancur tetapi hanya pengsan. Beliau menyifatkan PR masih berfungsi dengan dua buah parti, PKR dan PAS. DAP meninggalkan PR sebagaimana tindakan parti itu pada 2001 meninggalkan Barisan Alternatif (BA). Ketika itu BA diteruskan oleh PKR dan PAS sehingga PRU 2004 dan seterusnya PRU 2008, sebelum PR ditubuhkan pada 1 April 2008.

PAS sengaja menolak keputusan mesyuarat Biro Politik PKR pada 16 Jun lalu yang mengesahkan PR tidak lagi berfungsi secara formal. Mesyuarat itu juga mengesahkan pakatan longgar hanya berlaku di peringkat negeri bersama DAP dan PAS. Namun pada peringkat nasional parti-parti dalam PR yang sebelumnya terikat dengan konsensus dan dasar bersama tidak lagi sedemikian. Ketiga-tiga parti kini bebas sepenuhnya mengamalkan polisi parti masing-masing.

Untuk menegaskan lagi perpisahan itu, Setiausaha Agung PKR menggunakan terma ‘bercerai tapi masih berkawan’ dalam menggambarkan hubungan parti-parti komponen bekas PR. Presiden PKR, Dr Wan Azizah juga berkata PR tidak lagi seperti PR sebelumnya yang bergerak secara formal antara ketiga-tiga buah parti.

Mengelirukan penyokong

Oleh itu, untuk apa PAS terus menerus mengelirukan para penyokong mereka bahawa PR masih wujud? Bukankah PAS berkata parti itu kuat dan boleh bergerak sendirian dalam mana-mana pilihan raya. Dengan ketetapan itu, puak ulama tega menyingkirkan golongan profesional yang sebelum ini terlalu mempertahankan PR.

Dalam hal ini, tidak dapat ditolak teori mendakwa PAS ingin memusnahkan mana-mana kerajaan PR yang masih bertahan. Pemimpin PAS di Pulau Pinang sebelum ini berdegil untuk tidak meletakkan jawatan daripada majlis tempatan walaupun parti itu telah memutuskan hubungan dengan DAP.

Di Selangor, keadaan lebih parah apabila gabungan DAP dan PKR tidak mampu membentuk kerajaan kerana tidak memiliki majoriti. DAP hanya mempunyai 15 kerusi manakala PKR 13 kerusi daripada 56 kerusi dewan. PAS (15 kerusi) pula pernah mempunyai rekod membentuk kerajaan minioriti bersama Khalid Ibrahim (bebas) dan Umno (12 kerusi) untuk selama dua bulan pada 2014 lalu, apabila PKR dan DAP menarik balik sokongan kepada Khalid Ibrahim.

Para pemerhati politik mendakwa PAS mahu membentuk kerajaan seumpama itu sekali lagi. Mereka amat maklum mesyuarat DAP Selangor baru-baru ini telah memutuskan untuk mendesak MB Azmin Ali memecat exco PAS.

Azmin tidak berminat dengan desakan itu kerana memecat exco PAS akan mengakibatkan pilihan raya negeri (PRN), sekiranya PAS menarik keluar ADUN mereka daripada kerajaan. Pilihan raya semula, jika dimenangi DAP dan PKR pun, dijangka tidak akan mendapat kerusi yang lebih banyak daripada sekarang dan memerlukan parti ketiga untuk membentuk kerajaan.

Lebih buruk, PRN itu akan menyebabkan BN merebut kembali kerusi-kerusi PKR dan PAS. Maka tidak mustahil BN dan PAS akan bergabung membentuk kerajaan negeri dengan Khalid Ibrahim diangkat semula sebagai MB.

Balas dendam

Strategi ‘bumi hangus’ DAP tidak diterima oleh PKR serta kebanyakan ahli DAP Selangor. Mereka menganggap pemimpin DAP ‘hilang akal’ dan terlalu dirasuk dendam sehingga sanggup mendesak Azmin memilih antara DAP dan PAS.

Maka dalam hal ini, tindakan PAS terus-menerus mempertahankan PR kekal wujud mungkin mempunyai motif yang lebih besar.
Strategi kerajaan perpaduan PAS – Umno yang ditaja broker kuasa dalam PAS jelas mempengaruhi presiden Hadi Awang.

Pemimpin tertinggi PAS amat maklum tujuan dan perlaksanaan strategi memprovokasi DAP tersebut. Tidak lain untuk mewujudkan ‘The Greater Melayu’. Iaitu percantuman Umno – PAS dan memerintah seluruh negara.

Hal ini boleh dibuktikan melalui rundingan-rundingan yang pernah dilakukan ketika 2008 untuk membentuk kerajaan perpaduan di Selangor dan Perak serta tulisan-tulisan pemikir strategi PAS yang kini menguasai AJK Pusat mengenai kekuasaan Melayu ‘menjentik’ kaum-kaum lain.

Malaysia dalam bahaya mengikut lakaran strategi ini. Negara ini akan jadi sebuah negara fasis yang menolak kaum-kaum lain untuk mendapatkan hak-hak perlembagaan mereka. Amat sedih apabila PAS sebuah parti agama masuk ke dalam perjuangan asabiyah yang haram di sisi Islam.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top