Nuffnang

HAHAHA...Akhirnya DAP Mengaku Telah Dipersetankan!!!!


Cukup mudah untuk menuding jari kepada pihak lain. Demi menghalalkan gerakan terbaru mereka untuk menguasai negara ini, akhirnya PAS dipersalahkan di atas keretakan pakatan.

Sedangkan sebenarnya DAP telah sedar, usaha untuk merealisasikan Malaysian Malaysia tidak akan tercapai selagi PAS kekal dalam pakatan. Dan peluang yang terhidang selepas muktamar PAS digunakan sebaik mungkin untuk mereka menendang PAS keluar dari pakatan mereka. PAS akhirnya dipersalahkan sedangkan PAS adalah kambing hitam sahaja di dalam keretakan itu.

Dakwaan ini dibuktikan dengan kenyataan Lim Kit Siang di bawah :

Atas tujuan ini, DAP akan bekerjasama dengan parti-parti dan kuasa-kuasa politik yang sependapat, demi muafakat politik baru yang komited terhadap prinsip tersebut dan wawasan Impian Malaysia.

Kami di DAP tidak akan bekerjasama dengan pimpinan PAS yang telah mencabul dasar bersama Pakatan, tetapi bersedia bekerjasama dengan kuasa-kuasa politik dan rakyat Malaysia yang komited terhadap dasar itu.

Ini termasuklah ahli-ahli PAS di pelbagai peringkat yang tidak menolak dan mengabaikan dasar bersama tersebut.

Dipersetan di muktamar

DAP tidak ada masa untuk sandiwara politik seperti usul muktamar PAS yang memutuskan kerjasama dengan DAP dan seruan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamad yang meminta Majlis Syura bertemu segera bagi membincangkannya.

Sedangkan, pada masa ini, Majlis Syura masih belum dibentuk!

Datuk Haron Din sendiri berkata selepas muktamar beliau bukan lagi Mursyidul Am PAS sehinggalah majlis syura dibentuk semula.

Munculnya rang undang-undang persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan pelaksanaan hudud dalam aturan mesyuarat Parlimen sepanjang dua hari lalu, yang berakhir hari ini adalah isyarat kepada dua perkara:

(1) Hadi diberikan imbalan atas perubahan pendirian politiknya, di mana Umno dibahasakan dengan cara terhormat, manakala DAP dipersetankan di muktamar PAS.

(2) Hadi sudah dipermainkan Umno yang tidak mempunyai niat mahupun kemampuan untuk memberikan sokongan di peringkat nasional mahupun di Parlimen untuk melaksanakan hudud.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top