Nuffnang

PANASS!!! SPRM Gempur Sabah, Ramai Telah Ditahan!!!


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 18 orang di empat bandar utama di Sabah bagi membantu siasatan berhubung pemilikan Sijil Anak Negeri palsu dalam satu operasi khas.

Tiga daripada mereka ditahan semalam manakala yang lain hari ini. Lapan ditahan di Kota Kinabalu, Tawau (dua), Lahad Datu (lima) dan Sandakan (tiga).

Sumber SPRM memberitahu kesemua yang ditahan itu mengaku mereka, yang berumur 47 tahun dan ke atas, memiliki Sijil Anak Negeri yang dipalsukan.

“Tetapi mereka tidak tahu individu yang mengeluarkan Sijil Anak Negeri, sebab ia diperoleh ketika mereka masih kecil lagi,” kata sumber itu ketika dihubungi.

Kesemua mereka dilepaskan selepas diambil keterangan. Mereka ditahan di rumah masing-masing.

“Kami tidak menahan lanjut mereka sebab memberi kerjasama kepada SPRM dalam siasatan yang dijalankan,” kata sumber itu lagi.

Daripada 18 orang yang ditahan, tiga merupakan wanita, yang kesemuanya ditahan di Kota Kinabalu semalam dan hari ini.

Difahamkan lebih ramai akan ditahan selepas ini.

“SPRM mahu mereka yang memiliki Sijil Anak Negeri palsu supaya tampil memberi kerjasama, membantu siasatan dalam isu ini,” kata sumber itu lagi.

Sumber juga berkata, beberapa orang yang ditahan itu ada hubungan keluarga di mana dua orang adalah anak-ibu, suami-isteri dan adik-beradik.

Difahamkan SPRM mengadakan operasi ini susulan aduan daripada orang ramai berkaitan pemilikan Tanah Anak Negeri oleh individu-individu yang dikatakan memiliki Sijil Anak Negeri yang diragui ketulenan.

Sumber berkata, berdasarkan maklumat yang diterima perkara ini didalangi oleh pihak tertentu dan sindiket.

“Individu-individu terbabit telah menggunakan Sijil Anak Negeri yang diragui ketulenan untuk pelbagai tujuan termasuk untuk mengelirukan pihak Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah bagi membolehkan mereka memiliki dan membeli Tanah Anak Negeri dan Field Register yang sah,” katanya.

Penyelewangan ini menidakkan hak dan keistimewaan yang sepatutnya dinikmati oleh Anak Negeri Sabah yang sah seperti permohonan lot-lot rumah Bumiputera, pelaburan dan simpanan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), pengiktirafan syarikat Bumiputera, pinjaman khusus untuk Bumiputera seperti Tekun, peluang pendidikan termasuk di Pusat Pengajian Tinggi, seperti di UiTM dan bantuan-bantuan biasiswa yang khusus disediakan untuk pelajar Bumiputera.

Sijil Anak Negeri adalah satu bentuk dokumen yang dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah kepada pemohon yang berkelayakan untuk diberi taraf Anak Negeri/Bumiputera Sabah setelah berpuas hati bahawa individu terbabit lahir daripada perkahwinan campur antara bukan Bumiputera dan Bumiputera Sabah.

Sijil Anak Negeri telah dibekukan sejak April 1982 berikutan berlakunya penyelewengan di kalangan kakitangan Mahkamah Anak Negeri pada masa itu.

Walaupun telah dibekukan, pemohon masih boleh mendapatkan pengiktirafan status anak negeri melalui Surat Pengesahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri Sabah.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top