Nuffnang

MARA INC : SPRM Sangkal Dakwaan Kit Siang!!!


TIDAK ADIL MENDAKWA SPRM CUBA TUTUP ISU MARA INC


Berhubung kenyataan media Ahli Parlimen YB Lim Kit Siang berkenaan dengan isu pembelian hartanah oleh MARA Inc Sdn Bhd, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan kenyataan beliau bahawa SPRM telah pun memulakan siasatan sejak enam bulan yang lalu atau sejak Disember 2014.

Sebaik menerima maklumat daripada orang ramai pada bulan Mac 2015, SPRM telah memulakan proses 'profiling' ke atas individu-individu dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam urusan pembelian hartanah dimaksudkan.

Susulan daripada itu, SPRM telah menerima kunjungan pihak Polis Australia pada bulan Mei 2015 di mana kedua-dua pihak SPRM dan Polis Australia telah bertukar-tukar maklumat, dan memulakan siasatan bersama.

Pada bulan Jun pula, SPRM telah menghantar beberapa pegawai SPRM ke Melbourne untuk berbincang dengan polis Australia. Apabila media Australia dan tempatan melaporkan isu ini pada 23 Jun 2015, beberapa pegawai SPRM sudah pun berada di Melbourne, sebagai sebahagian daripada kerja siasatan, sebelum isu ini timbul.

Justeru, tidak timbul isu SPRM telah menjalankan siasatan sejak Disember 2014.

Beberapa individu telah pun dipanggil untuk diambil keterangan. Siasatan masih berjalan.

SPRM ingin menegaskan bahawa SPRM akan menjalankan siasatan ini dengan telus, bebas dan secara profesional. Semua pihak harus memberi kerjasama dan ruang kepada SPRM bagi menjalankan siasatan.

Tidak timbul isu SPRM cuba menutup kes ini. Malah, tidak adil bagi mana-mana pihak, khususnya ahli politik membuat andaian kononnya SPRM mahu menutup kes ini. Status siasatan akan dimaklumkan kepada badan-badan bebas yang memantau perjalanan SPRM, yang ahlinya mewakili orang ramai. Jika mana-mana pihak sangsi dengan siasatan kes ini boleh menghubungi badan-badan bebas ini.

SPRM juga berharap semua pihak akan memahami proses kerja SPRM di mana SPRM tidak boleh mendedahkan hasil siasatan kepada umum bagi mengelakkan kerja siasatan terganggu.

DATO' SRI MOHD SHUKRI ABDULL
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI)
27 JUN 2015
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top