Nuffnang

BALAS DENDAM!!! Lagi "Simbol" DAP Jadi Sasaran!!!


Pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Rangoon di sini disimbah cat merah manakala pintu hadapan dan bendera parti di pusat khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Padang Kota di sini dibakar.

Imej kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat DAP Pulau Pinang menunjukkan dua lelaki menyimbah cat merah ke arah pejabat itu kira-kira 10.30 malam tadi manakala kejadian membakar pintu dan bendera parti di pusat khidmat ADUN itu dilapor awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid, berkata polis mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam dua kejadian itu.


Usaha mengesan tiga lelaki yang dipercayai masih berada di sekitar Pulau Pinang itu giat dijalankan, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan imej CCTV, seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian di Pusat Khidmat di Kompleks Jalan Kedah manakala kejadian di Jalan Rangoon membabitkan dua lelaki. 

Selain dua pejabat itu, Pusat Khidmat ADUN Komtar Teh Lai Heng di Jalan Talipon di sini turut disimbah cat hitam dan dipercayai cuba dibakar awal pagi Sabtu. Mior Faridalatrash, berkata pusat khidmat di Jalan Talipon tidak mempunyai CCTV dan siasatan lanjut masih dijalankan. 

Motif kejadian masih dalam siasatan dan polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung tiga kes itu, katanya. 

Beliau turut memberi amaran kepada pihak tidak bertanggungjawab agar segera menghentikan perbuatan membakar dan membaling cat itu kerana ia menggugat ketenteraman awam dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terbabit. - BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top