Nuffnang

MELAMPAU!!! Promosi Baju Melayu Yang Merosakkan AKIDAH!!!


NAMPAKNYA penjual Baju Melayu menjelang sambutan Aidilfitri juga sudah ada cara tersendiri menarik perhatian demi melariskan jualan bajunya.

Di laman Twitter, disebarkan satu gambar lokasi menjual Baju Melayu yang mana penjualnya menggunakan taktik agak melampau dalam mempromosikannya.

Semua sedia maklum, bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah pun memakai Baju Melayu dan sunnah baginda hanya memakai jubah yang sering dipakainya.

Bagaimanapun, si penjual ini mengatakan dia menjual Baju Melayu sunnah dan mengapa ia digelar Baju Melayu sunnah adalah amat mengejutkan.

“Baju Melayu Sunnah… Tukang jahit pernah bermimpi jumpa Nabi,” demikian tertera kadbod promosi Baju Melayu berkenaan yang tidak diketahui lokasinya.


Nampak benar bohongnya apabila penjual baju ini mengaku pernah bermimpi berjumpa dengan Nabi semata-mata demi melariskan jualan bajunya.

Penjualan baju dengan cara begini nampaknya boleh menggugat akidah orang ramai khususnya kepada mereka yang mungkin tertarik dengan kata-kata atau peristiwa yang berlaku dan beranggapan bahawa baju yang dijual betul-betul ada semacam kuasa tersendiri.

Pihak berkuasa, mungkin juga jabatan agama Islam perlu menyiasat segera perkara ini dan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang yang ada bagi mengekang perkara ini daripada mengelirukan umat Islam.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top