Nuffnang

MISTERI : Email #AidanaKarabasova Cetus TandaTanya Tragedi #HeliTerhempas


Ketika siasatan polis hampir merungkai identiti mangsa terakhir yang terlibat dengan tragedi helikopter terhempas baru-baru ini, wujud persoalan baru mengenai kesahihan maklumat yang tersebar di media sosial itu berikutan dakwaan terbaru mengenai email yang dikirim oleh individu bernama Aidana Karabasova sepertimana yang didakwa penulis blog ini.

Email Daripada Aidana Karabasova

Subuh tadi saya menerima email daripada seseorang yang mendakwa dirinya Aidana Karabasova, yang mana gambarnya disebar-luaskan sebelum ini sebagai Aidana Baizeiva iaitu salah seorang mangsa yang turut terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih, baru-baru ini.


Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada email ini tulen atau sebaliknya.

Dalam emailnya, Aidana Karabasova mengakui bahawa itu adalah gambarnya dan beliau bukannya Aidana Baizeiva.

Katanya lagi, beliau masih hidup dan berasal daripada Kazakhstan, bukannya Kyrgzstan.

Dalam artikel di blog ini pada Selasa 7 April lalu, saya menulis berkenaan gambar yang tersebar luas berkaitan Aidana Baizieva yang berkemungkinan bukan wajahnya sebenar kerana gambar itu sebenarnya diperolehi daripada sebuah web bernama gaukhara.com.

Sekali lagi, jika email ini tulen, maka sahlah gambar yang tersiar di banyak media baru dan media sosial selama ini adalah Aidana Karabasova dan bukannya gambar sebenar Aidana Baizieva, mangsa yang terbunuh dalam nahas helikopter yang dipercayai rakan kepada juruterbang bernama Clifford.

Ini juga bermakna gambar sebenar Aidana Baizieva masih lagi tidak dapat dipastikan.

Dalam nahas itu, kesemua enam penumpangnya termasuk Ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Azlin Alias telah terbunuh.

Negara Kazakhstan di mana Aidana Karabasova dipercayai berasal adalah negara yang sama dengan negara asal Daniyar Kessikbayev, menantu Perdana Menteri, Najib Razak yang majlis perkahwinan gilang gemilangnya diadakan baru-baru ini.

Setelah majlis di Malaysia, hujung minggu ini pula dijangka diadakan majlis bertandang ke Kazakhstan. (SH 09/04/15)

Inilah email daripada Aidana Karabasova...



Jika email itu tulen, maka sah ini adalah Aidana Karabasova dan bukannya Aidana Baizeiva...
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top