Nuffnang

BONGKAR!!! Sahabat Baik Aidana Dedah Identiti Sebenar #HeliTerhempas


Meskipun keluarga dan rakan-rakan bersedih atas kehilangan itu, tetapi dalam masa sama terluka berikutan terdapat pihak yang menfitnah Aidana sebagai 'pengiring' golongan atasan yang dibayar menggunakan wang rakyat. - Foto Facebook Arina Yusof.


Helikopter malang yang terhempas di Semenyih pada Sabtu lalu di mana mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain mendatangkan spekulasi berikutan kehadiran seorang penumpang wanita misteri yang dikenali sebagai Aidana Baizieva.

NST Online melaporkan beberapa rakan ekspatriat Kyrgyzstan itu, Arina Yusof, Mimi Esha dan Indira tampil untuk menceritakan latar belakang Aidana Baizieva.

Meskipun keluarga dan rakan-rakan bersedih atas kehilangan itu, tetapi dalam masa sama terluka berikutan terdapat pihak yang memfitnah Aidana sebagai ‘pengiring’ golongan atasan yang dibayar menggunakan wang rakyat.

Kata seorang rakan Aidana atau lebih mesra dipanggil Dana merupakan rakan kepada salah seorang tetamu terhormat yang terkorban dalam insiden malang itu.

“Dia merupakan seorang gadis yang cantik dan sesiapa yang bertemu dengannya, pasti terpesona dengan kecantikan yang dimilikinya.

“Saya pula seorang yang tidak pandai berdikari dan pendiam tetapi Aidana telah mengajar saya bagaimana untuk menjadi seorang wanita yang kuat seperti saya pada hari ini, hanya kerana seorang perempuan cantik menjadi mangsa dalam nahas berprofil tinggi, terus orang melemparkan pelbagai fitnah kepadanya,” katanya.

Dana merupakan seorang wanita yang sukar didekati lelaki kerana dia merupakan seorang yang kuat, bijak dan sentiasa mempertahankan rakan-rakannya.

“Dia merupakan seorang wanita yang tidak pernah gagal menjadi sumber inspirasi kepada saya, tanya kepada mana-mana rakannya dan pasti mereka mengatakan perkara yang sama.

“Ketika kami keluar untuk pergi menari, menonton filem atau keluar makan malam, jika ada mana-mana lelaki mengejek kami, pasti dia akan mempertahankan kami demi kehormatan rakan-rakannya.

“Cara dia melayan rakan-rakannya juga sangat baik, pada majlis hari jadinya tahun lalu, beliau membiarkan kami makan dahulu meskipun dia adalah orang istimewa dalam majlis berkenaan,” ujarnya.

Aidana juga sering menyatakan betapa dirinya bertuah mempunyai rakan-rakannya sebagai peneman.

“Ketika saya nyatakan terpaksa pergi meninggalkan dia, mata dia berair dan memberitahu saya bahawa dia tidak tahu bila boleh berjumpa lagi, kalau boleh saya mahu menambah waktu bagi membolehkan saya menghabiskan saat-saat akhir bersama rakan yang saya sayang sebelum dia pergi kerana kita tidak tahu bila boleh bertemu mereka lagi.

“Keluarga Dana pula masih terkejut dengan berita ini, anak perempuan mereka yang pandai menjaga diri, tidak merokok, tidak minum dan selalu terukir senyuman di wajahnya, dengan gaya hidup yang Dana amalkan, dia menjalani kehidupan dengan cara sihat dan gembira, oleh itu, keluarga dan rakan-rakannya meminta orang ramai tidak menfitnahnya dengan cara melulu.

“Ya, dia merupakan seorang gadis yang cantik tetapi jika dibandingkan dengan dalamannya, kecantikan luarannya itu tidak setanding dalamannya, semoga Allah merahmati rohnya,” katanya.

Pada Sabtu lalu, helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) yang membawa enam penumpang dan anak kapal, terhempas di kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih, jam 4.55 petang.

Selain Aidana Baizeva, mereka adalah Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis; Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias; juruterbang, Kapten Clifford William Fournier; pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran; dan usahawan, Datuk Tan Huat Seang.

- therakyatpost.com
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top