Nuffnang

KEJAM!!! 6 Parah Ditetak Penyamun Jahanam!!


Enam penyamun bertindak ganas dengan menetak enam mangsa membabitkan lima pengawal keselamatan dan seorang kakitangan Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Lembaga Koko Malaysia dalam kejadian samun, di Nilai semalam.


Sumber berkata, dalam kejadian jam 1.40 pagi, lima pengawal keselamatan terbabit sedang mengawal lima blok bangunan di pusat itu manakala kakitangan berkenaan secara kebetulan datang ke pejabat untuk mengambil barang tertinggal.


Katanya, ketika itu enam lelaki bertopeng menceroboh masuk ke pusat terbabit dan mereka mendapatkan semua mangsa yang kebetulan berada di sudut bangunan.


Menurutnya, semua mangsa kemudian diikat dan dipukul sebelum keenam-enam mereka ditetak menggunakan parang serta kuku kambing.


“Selepas ditetak, kelima-lima pengawal keselamatan dan kakitangan pusat itu dihimpunkan dalam Blok Pentadbiran sebelum suspek melarikan barangan berharga milik mereka,” katanya.


Menurut sumber, akibat tetakan itu, kesemua mangsa membabitkan lima warga tempatan dan seorang warga Pakistan parah di bahagian badan, kaki, tangan dan kepala.


“Seorang daripada pengawal warga tempatan difahamkan putus tangan kanan akibat ditetak penyamun jahanam itu,” katanya.


Sumber berkata, ekoran mangsa dalam keadaan lemah, suspek menyelongkar bahagian pejabat bangunan namun tidak menemui barangan berharga.


“Dalam kejadian itu, suspek hanya melarikan telefon bimbit dan dompet milik kesemua mangsa sebelum melarikan diri,” katanya.


Menurutnya, kehadiran penjenayah terbabit disaksikan seorang lelaki tidak dikenali yang kemudian menghubungi pihak polis.

- hmetro
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top