Nuffnang

#GantiAnwar : Azizah Kipas Dah Mula, Tapi PAS Boikot!!!!



Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dilihat memulakan kempen pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh sekalipun partinya belum mengumumkan beliau sebagai calon.


Beliau yang juga ADUN Kajang mempunyal jadual yang padat semalam bagi menghubungkan semula dengan pengundi di situ dan akan meneruskannya hari ini.

Kerusi parlimen itu diisytihar kosong ekoran pemenjaraan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua umum PKR itu dihukum penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana kesalahan meliwat.

Wan Azizah bagaimanapun berkata beliau dihujani dengan pelbagai rungutan pengundi termasuk yang bertanyakan mengenai Anwar.

"Saya berasa cukup panas dan tersentuh," katanya ketika ditemui di parlimen Permatang Pauh malam tadi.


"Mereka tidak hanya menyuarakan rungutan, tetapi juga lebih kepada kebimbangan terhadap Anwar, bertanyakan tentang kesihatan beliau. Ia cukup menyentuh perasaan," katanya.

Wan Azizah membayangkan belau bersedia untuk bertanding di Permatang Pauh, sementara DAP menyatakan sokongan kepada beliau untuk mengisi peranan Anwar sebagai ketua pembangkang di Parlimen.

Jika beliau menang, ia menjadikan beliau menyandang jwatan itu buat kali kedia selepas memberi laluan kepada Anwar pada 2008 untuk beliau kembali ke dalam politik selepas menjalani hukuman penjara enam tahun kerana menyalahgunakan kuasa berkaitan kes liwat I.

Menurut sumber, Pas dilaporkan tidak akan membantu PKR bagi mempertahankan kubu kuat milik PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang akan diadakan susulan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen permohonannya.

Seorang pemimpin tertinggi Pas Pulau Pinang hari ini menyarankan agar ahli dan jentera Pas tidak turun membantu kempen PRK Permatang Pauh susulan konflik dalaman parti pakatan yang menentang hukum hudud dan memutuskan hubungan dengan parti Islam itu.

Pemimpin tertinggi Pas Pulau Pinang itu yang enggan didedahkan namanya berkata, cukup setakat ini parti Pas dipergunakan untuk mencapai matlamat parti dalam pakatan.

Tambahnya, setelah mereka berjaya mereka akan lupa jasa Pas, malah lebih teruk mereka menghina Presiden Pas.

"Kali ini selepas apa yang berlaku ahli Pas tidak harus membiarkan diri mereka dipergunakan lagi untuk mencapai matlamat politik PKR semata-mata.

"Mereka hanya mahu mempergunakan Pas untuk mencapai matlamat politik dan setelah menang mereka menghina Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang," kata pemimpin tertinggi Pas itu menurut sumber.

Tegas beliau, Pas tidak lagi perlu bersusah payah untuk membantu PKR yang hanya mementingkan diri, sedangkan perjuang Pas ditentang hebat oleh mereka.

"Kita tidak perlu bersusah payah membantu mereka PKR yang khianat terhadap perjuangan Pas," katanya.

Alip Danial/Utaranews.com-
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top