Nuffnang

WOW!!!! PAS Sudah Berani Beri Kata Dua Pada DAP!!!



Wow!!! Macam tak percaya PAS sudah berani keluarkan amaran macam ni kepada seteru mereka dalam PR khususnya DAP. Amacam DAP? Tercabar tak?Cuma takut ini hanya sandiwara mereka untuk memenangi pemilihan PAS yang akan datang ini.

DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan supaya bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS selama ini di Kelantan jika tidak mahu melihat pakatan pembangkang berpecah.

Peringatan itu dilihat sebagai amaran keras kepada dua sekutu PAS tersebut menjelang pembentangan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) yang akan berlangsung pada Isnin.


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebab DAP dan PKR untuk menolak perlaksanaan hukum Islam itu kerana PAS Kelantan sudah mengambil beberapa langkah yang sewajarnya sebelum ia diteruskan.

“Untuk elak PR (Pakatan Rakyat) pecah, elok kalau DAP dan PKR menyatakan persetujuan terhadap enakmen Jenayah Syariah Kelantan kerana ia adalah hak bagi orang Islam dan tiada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam,” katanya dalam entri terbaharu di laman sosial Facebooknya, Ahad.

Selain itu Tuan Ibrahim turut memberi peringatan kepada DAP dan PKR supaya tidak membangkitkan isu kerjasama antara PAS dan UMNO sekiranya enakmen itu mendapat sokongan daripada parti lawan itu.

“Jangan pula bila UMNO menyatakan sokongan kepada enakman tersebut, maka itu jadi petanda UMNO akan bergabung dengan PAS. Kerana perkara wajib bagi umat Islam, ianya mesti sama dari sudut penerimaan dan beriman dengannya dan mesti disokong.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Rabu ini.

Persidangan DUN Kelantan akan bermula esok hingga Khamis ini selepas ditangguhkan pada 29 Disember tahun lepas berikutan banjir besar yang melanda negeri ini.

Kemelut di antara PAS dan DAP berlaku setelah Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo meminta parti itu mempertimbangkan semula pindaan itu.bnbbc

Satu pihak mencabar dan satu pihak lagi memberikan amaran manakala satu pihak lagi langsung tak sebut apa-apa ! Perkembangan yang harus kita perhatikan , kita tengok apa yang bakal berlaku dalam Pakatan Haprak MMI


CABARAN SEBENAR PAS ADALAH DARI PAS ITU SENDIRI

Sementara itu, Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad menyelar kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob baru-baru ini bahawa tiada keperluan menukar presiden parti itu.

Khalid berkata tindakan Ahmad, yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS, bercanggah dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang terbuka dengan pertandingan terhadap jawatan itu.


Menurutnya, kenyataan Ahmad itu memberikan imej negatif kepada parti tersebut sedangkan Abdul Hadi telah menyatakan keterbukaannya untuk dicabar.

“Kenyataan (Ahmad) itu seolah-olah menunjukkan Hadi tidak mendapat sokongan daripada anggota PAS.

“Pemilihan jawatan presiden tidak seharusnya tertumpu kepada kehebatan ilmu seseorang pemimpin, sebaliknya lebih kepada kualiti kepemimpinan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Shah Alam, semalam, lapor Bernama.

Pada Sabtu, Ahmad dilaporkan Bernama mahu Abdul Hadi dikekal sebagai presiden PAS kerana beliau mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menghadapi pelbagai situasi.

Beliau berkata PAS masih perlu mengekalkan Abdul Hadi walaupun terdapat gesaan untuk menukarkannya dengan pemimpin baharu.

“Kalau ia difahami semua anggota (parti), jawatan itu tidak perlu dicabar. Kedudukan presiden sendiri sebagai pimpinan ulama kedua (dalam hierarki parti) sesuai untuk mengetuai sebuah parti yang boleh berhadapan dengan semua situasi di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Shah Alam semalam telah mengekalkan Azli Yusof sebagai Yang Dipertua PAS Shah Alam.

Azli mengambil alih jawatan itu selepas penyandangnya, Khalid Samad meletak jawatan Yang Dipertua PAS Shah Alam pada 2013.

Khalid pernah meegang jawatan Yang Dipertua PAS Shah Alam selama 16 tahun.

Azli memberitahu pemberita bahawa keputusan Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan itu mahu Abdul Hadi dikekalkan sebagai Presiden PAS.

Selain itu, PAS Shah Alam juga turut mencalonkan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden dan mengekalkan tiga naib presiden sebelum ini iaitu Datuk Husam Musa, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Walaupun pada mesyuarat hari ini Abdul Hadi mendapat undi majoriti, namun ada juga perwakilan mencalonkan Ahmad Awang bagi mencabar jawatan presiden parti,” kata Azli kepada pemberita.

Ahmad Awang pernah menjadi Naib Presiden PAS, bekas Pesuruhjaya PAS Perak, dan bekas anggota Majlis Syura PAS.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top