Nuffnang

VIDEO : Ya Allah!!! Gadis Celupar Hina Hudud!!!



Astaghfirullah al azim.... kenapalah sampai sebegini jadinya. Jahil dan bodoh terlampau. Janganlah dihina dan diperlekehkan hukum Allah. Insaflah wahai Aishah....

Penulis sendiri takut apabila melihat apa yang beliau katakan dalam video ini :


Kisah di bawah ini ditujukan kepada Aishah dan muslimin serta muslimat di luar sana untuk dijadikan ikhtibar dan peringatan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.


Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis ini dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas tersebut, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: 

"Wahai pemudi, alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat tersebut dibalas dengan jawapan yang mengejek oleh gadis tersebut:"Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku? 

Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata² yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis tersebut ketawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis tadi menghulurkan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambit berkata: 

"Jika ISLAM itu BENAR tempatkan bilikku di Neraka, ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanan untukku" katanya lagi sambil ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu BIADAB.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan gadis itu. Sayang sekali wajahnya yang ayu tidak sepadan dengan perilakunya yang buruk. Penumpang² lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala. Mereka bersikap tidak menghiraukan gadis tersebut keran khuatir dia akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi tadi tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu dan penumpang mengejutkan tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. 

Tiba² orang tua tadi memeriksa nadi gadis itu, kemudian ia menggelengkan kepala. Gadis tersebut telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang lain menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. 

Dalam suasana yang kelam kabut itu, tiba² tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera mengejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut kerana sesuatu yang aneh menimpa jenazah itu. Mayatnya menjadi hitam seolah² dibakar api. 

Dua tiga orang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik menyentuh tubuh mayat tersebut. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan untuk menguruskannya.

Begitu la kisahnya. ngeri dan menyayat hati. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah?

Na'uzubllah...sesungguhnya allah Maha Berkuasa.

Janganlah sesekali mempersendakan atau mempertikaikan hukum Allah mahupun Sunnah RasulNya SAW.

Berbalik ke alam realiti kita pada ketika ini. Perkembangan terbaru di Kelantan amat-amat menggembirakan. Walaupun berlainan fahaman dan ideologi politik, tetapi ADUN-ADUN UMNO Di Kelantan Menyokong penuh pelaksanaan hudud.

Syabas!!! Sesungguhnya agama sahaja yang dapat menyatukan kita semua.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top