Nuffnang

TERKINI!!! Nurul Izzah Akhirnya Ditahan Polis!!!



ANAK Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah telah ditahan polis hari ini di bawah Akta Hasutan berhubung ucapan perbahasannya di Dewan Rakyat yang telah dibuat oleh beliau Selasa lepas.

Maklumat tangkapan dimaklumkan oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

“Dia telah ditahan dan akan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai hari ini hadir bersama aktivi Safwan Anang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan berkenaan penglibatannya dalam himpunan Kita Lawan di ibu negara baru-baru ini.

Beliau telah diberikan notis oleh Polis berkaitan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan juga Akta Hasutan 1948.

“Yang mengejutkan adalah kehadiran ASP Muniandy berserta dua kereta pihak polis pada Jumaat lepas di kediaman ayahanda di Bukit Segambut.

“Siasatan untuk kes hasutan juga untuk hari hari ini,” katanya.

Nurul Izzah pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat memetik ucapan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang menuduh para hakim di negara ini menjual diri mereka kepada syaitan.

Biarpun ditegah oleh Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee, Nurul Izzah tetap berdegil mahu membacakan perutusan ucapan bapanya yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun atas tuduhan meliwat.

Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan berkenaan tuduhan itu yang dilakukan Anwar pad 2008.

Ketika prosiding di Mahkamah Persekutuan itulah, selepas panel lima hakim membuat keputusan Anwar bangun dari dalam kandang tertuduh dan membuat tuduhan kepada para hakim.

Berkenaan kes perhimpunan haram Kita Lawan pula, sehingga kini enam orang telah ditahan berhubung kes berkenaan iaitu aktivis Adam Adli, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong dan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Mereka yang lain ialah Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top