Nuffnang

HOT BERAPI!!! Zahid Hamidi Dah Hilang Taring?


Kusangkakan amaran berganti tindakan, rupanya amaran bertukar kesalan. Apa lagi yang boleh kita ulas dengan perkembangan terbaru melibatkan saman Tony Pua ke atas Zahid Hamidi .

“Saya, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat kepada defendan kedua (Utusan) sebagai menghormati plaintif.

“Saya kesal kerana memburukkan reputasi plaintif,” katanya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menarik balik kenyataan fitnah terhadap Utara Tony Pua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana menggambarkan anggota parlimen Petaling Jaya itu sebagai penjenayah pada 2011.

Zahid membacakan kenyataan terbuka di mahkamah dan Pua bersetuju menarik balik samannya terhadap Zahid dan akhbar Umno Utusan Malaysia, yang menyiarkan kenyataan itu.

Penasihat undang-undang Utusan Shirat Anuar juga membacakan kenyataan yang berkata, ekoran penarikan balik yang dibuat Zahid, defendan kedua dan ketika turut menarik balik artikel itu tanpa syarat.

Pada 9 Disember tahun lepas, Pua memfailkan saman itu dan menamakan Ahmad Zahid, yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan, Utusan Melayu dan Ketua Pengarang Kumpulannya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Pua mendakwa Ahmad Zahid bertanggungjawab dalam penerbitan artikel 'Tony Pernah Ditahan di Singapura' dan defendan lain gagal untuk menyiasat ketepatan artikel itu terlebih dahulu sebelum menerbitkannya pada 18 Mac 2011.

Beliau menuntut satu perintah injunksi dikeluarkan bagi menghalang kesemua defendan menerbitkan kata-kata fitnah yang sama terhadapnya selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai.
Share this article

2 Komen:

  1. Kita semua tahu ini arahan dari Najib sebab nak undi dari kaum cina ma..

    BalasPadam
  2. Alahai caya la zahid... dia ikut rentak tony la... hentam lepas tu minta maaf... kekeke... depa buat mcm tu. Dia selamba buat camtu.. betul la tu... kakakaa...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top