Nuffnang

PANASSS!!! Khalid Betul2 Berani Mati!!!


Gila betul Khalid Ibrahim ni...... Ini betul-betul tindakan berani mati dari seorang Menteri Besar yang statusnya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Sama ada tindakan  "anak jantan" ini akan memberikan kelebihan padanya atau tidak, sama-sama kita saksikan tindak balas dari PR.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan telah memecat serta merta kesemua Exco daripada DAP dan Parti Pakatan Rakyat.


Menurut Khalid, beliau telah menulis surat untuk memaklumkan dan memohon perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai pemecatan berkenaan semalam.


Alasan pemecatan yang dipersembahkan kepada Sultan adalah kesemua Exco berkenaan telah berpakat dan mewujudkan satu blok yang bertujuan untuk melemahkan perjalanan pentadbiran negeri.


"Saya telah menghantar surat pemecatan berkenaan kepada semua mereka kecuali kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga daripada PKR, Rodziah Ismail yang kini berada di luar negeri.


"Pemecatan ini berkuat kuasa serta merta," jelas beliau kepada media ketika ditemui di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.


Beliau dalam masa sama menjelaskan pemecatan berkenaan tidak melibatkan Exco-exco daripada Pas.


Terdahulu, 6 exco daripada kedua-dua parti DAP dan PKR berkenaan telah mengeluarkan satu kenyataan bersama menyatakan akan terus melaksanakan tugas  mereka sebagai exco.


Enam exco itu adalah Datuk Teng Chang Khim, Rodziah Ismail, Ean Yong Hian Wah, Wong Keat Ping, Dr Daroyah Alwi dan Ganabatirau Veraman.

Antara perkara penting dalam kenyataan bersama tersebut ialah Khalid tidak boleh membuat sebarang keputusan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tanpa melalui proses undian.

“Sebarang keputusan perlulah diundi supaya fungsi Khalid dihadkan kepada kapasiti peralihan,” kata mereka.

Malah, mereka hanya mengiktiraf Khalid sebagai menteri besar Selangor dalam peralihan, sehingga Pakatan Rakyat memilih pengganti beliau.


Khalid bagaimanapun tidak mengulas mengenai permohonan beliau untuk menyertai PAS.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top