Nuffnang

SAH!!! DNA BABI PADA TULANG HAIWAN DI KOLAM IKAN PATIN



Ujian DNA ke atas sampel tulang haiwan yang ditemui dari sebuah kolam ternakan ikan patin di Jalan Ipoh, Batu Gajah bulan lalu disahkan tulang babi. Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, laporan pengesahan itu diterima daripada pihak Jabatan Kimia, Petaling Jaya, Selangor pada 8 Ogos lalu. 

Menurutnya, sampel tulang berkenaan diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis pada 10 Julai, selepas pendedahan isu ikan patin diberi bangkai babi tersebar di media sosial Facebook dan akhbar sejak 7 Julai. 

"Bagaimanapun sehingga kini pemilik kolam berkeluasan 0.4 hektar itu, masih gagal dikenal pasti dan dikesan kerana dipercayai sudah melarikan diri.

"Susulan daripada kes ini, pihak Jabatan Perikanan akan bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri termasuk negeri lain supaya memastikan semua ladang ternakan akuakultur didaftarkan dengan Jabatan Perikanan untuk tujuan pemantauan termasuk jenis makanan dan kemungkinan penggunaan bahan kimia lain yang menyentuh isu halal dan keselamatan," katanya di majlis Interaksi dan Ramah Mesra Aidilfitri Ketua Pengarah Bersama Warga Perikanan Negeri Perak di sini, hari ini.

Ahmad Sabki berkata, setakat ini pemantauan di kolam ternakan itu turut mendapati ia sudah ditinggalkan dan dibiarkan kering. -HM
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top