Nuffnang

RAKAN MUDA Medium Perkasa Anak Muda

PUTRAJAYA, 6 FEBRUARI 2014 - Rakan Muda akan terus menjadi medium yang efektif bagi memperkasa golongan muda dengan memberi penekanan kepada aspek pembangunan modal insan seperti patriotism, kesukarelaan, bermoral serta bertanggungjawab.




Program yang diperkenalkan sejak 29 Oktober 1994 yang menetapkan misinya untuk melahirkan potensi tertinggi generasi muda supaya berupaya mendukung matlamat pembangunan negara melalui sembilan gaya hidup yang mengadunkan elemen-elemen Pembangunan Minda, Pembangunan Kemahiran, Pembangunan Rohani, Pembangunan Kemasyarakatan dan Kecergasan Fizikal.

Menteri Belia Dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin melalui maklum balas yang diterima melalui laman facebooknya menyatakan bahawa ramai yang mahukan agar program Rakan Muda diteruskan dengan memberikan nilai tambah serta gaya hidup yang dapat memberikan kesan langsung kepada pembangunan remaja dan belia di Negara ini.




Katanya, Bahagian Rakan Muda akan diberi tanggungjawab yang besar untuk merencanakan program-program yang sesuai dengan citarasa serta keperluan golongan muda disamping menjadikan program ini sebagai satu program yang mempunyai keunikan dan sebuah jenama yang universal.

Encik Khairy Jamaluddin berkata, program yang berusia 20 tahun ini mempunyai kekuatan serta pendekatan yang sesuai dengan kehendak golongan muda dan wajar diterus serta diperkasa dengan diberikan nilai tambah yang sesuai.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Mesra Bulan Februari Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Serbaguna Podium B, Menara KBS di sini hari ini.

Program Rakan Muda yang melalui lima fasa pelaksanaannya berkembang sehingga menjadi satu institusi sosial yang penting dan diiktiraf oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top