Nuffnang

CEROBOH SABAH!!! Satu Lagi Cubaan DIPATAHKAN - KPN

LAHAD DATU, 6 Feb – Terdapat satu lagi cubaan kumpulan tertentu untuk menceroboh perairan pantai timur Sabah bagi melakukan jenayah pada penghujung Januari lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Bagaimanapun, katanya, cubaan itu berjaya ditumpaskan pasukan keselamatan negara yang mengawal perairan pantai timur Sabah.

Tanpa mengulas lanjut, beliau berkata pasukan keselamatan tidak akan sesekali memberi ruang kepada sesiapa sahaja yang cuba menceroboh negara ini, sebaliknya tetap mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat terutamanya di kawasan pantai timur Sabah.




Khalid ditemui pemberita selepas meninjau pos keselamatan di Pulau Adal dekat sini Khamis.

Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dan Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek.

Pada Disember lepas pasukan keselamatan berjaya mematahkan cubaan pihak tertentu untuk menceroboh ke negeri ini.

Mengenai lawatan itu, Khalid berkata pihaknya bercadang untuk menambah beberapa lagi pos kawalan gabungan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi memantapkan lagi kawalan keselamatan di sekitar kawasan berkenaan.

“Kita telah melihat beberapa kawasan yang strategik dan kawasan itu perlu mempunyai pos keselamatan gabungan. Sasaran kita ialah ingin mewujudkan lebih 40 pos keselamatan gabungan di sekitar kawasan Esszone,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid berkata pihaknya berpuas hati dengan kesiapsiagaan anggota keselamatan yang bertanggungjawab memastikan keselamatan di kawasan Esszone itu terjamin.

“Saya melihat semua anggota keselamatan yang bertugas di pos keselamatan gabungan itu sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan ancaman,” katanya.

Terdahulu, sebelum Khalid melawat beberapa.pos keselamatan gabungan di kawasan Esszone termasuk di Pulau Mataking dan Pom Pom, beliau sempat melawat pejabat baharu Esscom yang terletak di bandar Lahad Datu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top