Nuffnang

VIDEO : Perlukah Sampai Bersumpah Di Hadapan Al-Qur'an Kerana Isu Pergaduhan Bola?


Tiada keperluan bagi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengangkat sumpah dengan al-Quran bagi mencari kebenaran berhubung insiden di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin awal bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, sebaliknya pasukan itu akan terus mempunyai keyakinan terhadap pihak berkuasa untuk melakukan siasatan yang tidak berat sebelah.

“Masalah yang berada di dalam (terowong), mungkin kita perlu tunggu siasatan polis dan kita perlu yakin dengan pihak berkuasa yang mana keputusan yang akan dicapai kelak tidak akan memberi ‘bias’ kepada mana-mana pasukan,” katanya.

Beliau diminta mengulas saranan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said agar pemain T-Team dan JDT bersumpah tentang kejadian tersebut.





Zulkurnain ditemui di sini Isnin selepas menyerahkan insentif kepada atlet Johor yang mewakili negara ke Sukan Sea serta Sukan Para Asean 2013 di Nay Pi Taw, Myanmar.

Seramai 60 atlet dan pegawai sukan Johor yang menyertai kejohanan tersebut menerimainsentif berjumlah RM138,700.

Zulkurnain berkata, keputusan FAM memberikan kemenangan kepada JDT adalah adil kerana ia mengikut peraturan yang termaktub.

Ahmad Said yang amat kecewa dengan keputusan FAM itu baru-baru ini mahu mendapatkan penjelasan sebenar dari pengurusan dan pemain T-Team yang menyaksikan insiden itu dan meminta mereka bersumpah al-Quran di hadapannya.

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM memberi kemenangan 3-0 kepada JDT, sekali gus melayakkan pasukan Harimau Selatan itu ke suku akhir selepas T-Team enggan meneruskan perlawanan separuh masa kedua pusingan kedua Piala FA.

T-Team yang ketinggalan 2-1 enggan meneruskan perlawanan kerana bimbangkan soal keselamatan selepas pemain import pasukan itu Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikatakan dikasari oleh pegawai pengurusan tertinggi JDT di dalam terowong ke bilik persalinan pasukan.

- BERNAMA

aGAK-AGAK LA...LEPAS NI SEMUA PEMAIN SKUAD t-tEAM AKAN TUTUP AURAT TAK MASA MAIN BOLA?


Share this article

3 Komen:

  1. Ini yang menyebabkan bangsa asing ketawa dan secara tak langsung suka menghina ISLAM atas sebab-sebab yang macam ini..........AL-QURAN orang ISLAM sendiri yang di pergunakan secara yang tidak betul.......Tak payah le main bolasepak samapai nak angkat sumpah hadapan AL-QURAN,....Pelajari undang-undang Sukan tertentu sebelum menceburi bidang sukan tersebut bukan jadi Pegawai/Barisan Kejurulatihan yang (B@@@H & B@@@@@G)

    Spt "Imam Muda Hassan" katakan kalau masuk World Cup tak tahu apa pulak nak jadi........

    BalasPadam
  2. Sumpah hendaklah dgn Nama Nama Allah swt, itu pun pd perkara perkara yg layak utk bersumpah. Utk bola ???

    BalasPadam
  3. Macam-macam ada bolasepak Malaysia ni. Selepas ini mungkin ada pemain yang akan bersumpah untuk mengatakan bola tidak terkena pada tangan semasa perlawanan. Tak payah pakai pengadil dan pegawai perlawanan lagi. Yang paling utama peraturan pertandingan dan kes ditumbuk di terowong adalah dua perkara berbeza walaupun nampak seperti berkaitan.
    Kalau dah sanggup untuk bersumpah Al-Quran untuk kebenaran adalah lebih AFDAL pemain T-Team bermain menutup aurat semasa perlawanan kerana menutup aurat itu adalah wajib.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top