Nuffnang

MERAJUK? Wan Azizah Akan Berundur?


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dikatakan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu Mei ini.

Beliau yang menyandang jawatan tersebut sejak 1999 dijangka berundur bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika ini merupakan Ketua Umum parti tersebut.




Perkara itu tidak mengejutkan kerana Wan Azizah pernah melakukan perkara serupa apabila mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh agar Anwar boleh bertanding di kawasan berkenaan dalam pilihan raya kecil pada 26 Ogos 2008.

Hasrat Wan Azizah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden PKR itu dibayangkan oleh suaminya sendiri dalam wawancara eksklusif yang disiarkan portal The Ant Daily, semalam.

Memetik laporan portal berkenaan, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, Wan Azizah telah membayangkan hasrat untuk berundur sejak setahun lalu.

"Beliau mahu meluangkan lebih banyak masa dengan cucu-cucu dan menjaga datuk mereka," katanya.

Beliau turut menyatakan kesediaannya mempertimbangkan secara serius pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden PKR kerana tiada apa yang boleh menghalang sesiapa pun untuk dicalonkan.

Anwar menambah, majoriti pemimpin PKR juga berpandangan beliau harus bertanding untuk jawatan Presiden parti.

Berhubung jawatan Ketua Umum PKR, beliau menjelaskan, jawatan yang dipegangnya tanpa melalui proses pemilihan itu diberi oleh parti secara mandat.

"Semasa saya dipenjarakan, tiada masalah. Namun kini saya sudah bebas dan sedang menghadapi pertarungan politik.

"Jadi, saya secara serius mempertimbangkan untuk menerima pencalonan sebagai Presiden," ujarnya.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top