Nuffnang

Himpunan 31 Dis 2013 : BOM Buatan Sendiri Dirampas!!!





Polis Selangor telah menahan seorang pembantu kedai peralatan sembahyang berusia 46 tahun malam tadi di Taman Halaman, Ampang selepas dikejar.

Suspek memiliki objek yang dipercayai bom buatan sendiri untuk kegunaan Himpunan malam ini.

Unit bom polis mengesahkan paip pvc milik lelaki itu mengandungi belerang, serpihan kaca dan paku.

Suspek mempunyai 9 rekod jenayah lampau termasuk dadah.


Ni ape citer ni? Mana Rafizi? 

Benarlah apa yang dihebohkan di media sosial 2-3 hari ni?

SYABAS PDRM!!!

Bernama juga melaporkan Polis Selangor mendedahkan penemuan satu bom buatan sendiri dari seorang lelaki di Tasik Permai, dekat Ampang, kira-kira jam 10.30 pagi, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, bom itu ditemui ketika anggotanya memeriksa lelaki terbabit yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.





"Sebelum ditahan, suspek lelaki berusia 46 tahun itu dilihat mencurigakan dan tidak berhenti ketika diminta berbuat demikian oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu.

"Polis merampas satu objek jenis paip PVC dan mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan buatan sendiri serta dua telefon bimbit milik suspek," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam satu kes berasingan, polis Selangor turut merampas 56 helai baju T yang mempunyai unsur hasutan dalam satu serbuan di Seri Kembangan, awal pagi semalam.

Sehubungan dengan rampasan itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun, sebelum melepaskan lelaki yang bekerja sendiri itu selepas keterangannya dirakamkan.



Bagi kes pertama, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 manakala bagi kes kedua, kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan. - Bernama

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top