Nuffnang

APA HAL? Belum Apa-Apa Flashmob Pakatan Hampir-Hampir Meragut Nyawa!!





Bila diberitahu bahawa sebarang demonstrasi atau flashmob hanya menyusahkan dan membahayakan keselamatan awam, maka ramailah penyokong Pakatan Rakyat yang membantah. Diberikan segala macam dalil dan dalih sehinggakan dikatakan juga bahawa 'demonstrasi' di Arafah (ijtihad PAS ler) tidak menggulingkan kerajaan Arab Saudi, malah dituntut dan menjadi rukun pula.

Malangnya, puak-puak tidak bertanggungjawab ini hanya pandai bercakap tetapi apabila natijah daripada perbuatan mereka membabitkan keselamatan awam, mereka tidak sahaja lepas tangan dan enggan bertanggungjawab bahkan lari macam anjing tersepit telur.

Itu yang berlaku pagi tadi di Sungai Besar apabila flashmob yang diadakan oleh 10 pemimpin dan ahli-ahli PAS Sungai Besar di persimpangan lampu isyarat Simpang Tiga Loji, hampir meragut nyawa dan merosakkan sebuah beberapa buah kenderaan.

Flashmob tersebut turut dihadiri oleh Fadzlin Taslimin, YDP PAS Kawasan Sungai Besar, Salleh Hussin, Timbalan YDP PAS Kawasan Sungai Besar, Rojikin Sarbini, Naib YDP PAS Kawasan Sungai Besar dan Zulkifli Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Kawasan Sungai Besar.






Selepas memasang dua kain rentang dan berkumpul sambil terjerit-jerit, ketika itulah berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di persimpangan lampu isyarat tersebut. Sebaik-baik sahaja kemalangan berlaku, para peserta flashmob itu segera melarikan diri bahkan langsung tidak memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan.

Kemalangan berlaku apabila pemandu lori leka melihat para peserta flashmob berkumpul, menyebabkan lori yang dipandu perlahan melanggar belakang sudah kereta yang berhenti di lampu isyarat tersebut.

Kerana enggan bertanggungjawab dan dipersalahkan sebagai punca kemalangan, para pemimpin dan ahli-ahli PAS Sungai Besar yang sebelumnya begitu bersemangat, terus melarikan diri tanpa menoleh lagi. Ramai pula yang berkumpul di sebuah kedai kopi tidak jauh dari tempat kemalangan sambil berbual-bual tanpa rasa bersalah sedikit pun!!!






Share this article

1 Komen:

  1. satu laporan yg bodoh...org beribadat di bandingkan dgn buat demontrasi

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top