Nuffnang

TAHNIAH!! Chong Wei Rangkul Kejuaraan HATRIK Di Terbuka Hong Kong




Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan ketiga Terbuka Hong Kong selepas mengalahkan Sony Dwi Kuncoro, pada final di Hong Kong Colliseum, Kowloon, hari ini.

Pemain nombor satu dunia itu tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain Indonesia dalam masa 34 minit dengan keputusan 21-13, 21-9, sekali gus mencatatkan kejuaraan keenam siri super tahun ini.

Sebelum ini, Chong Wei, 31, menjuarai kejohanan itu pada 2009 dan 2010.

Dalam pada itu, pemain China, Wang Yihan memenangi acara perseorangan wanita apabila menundukkan rakan senegara Wang Shixian 21-13, 16-21 dan 21-15.

Gelaran acara beregu lelaki menjadi milik Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan apabila mengalahkan beregu senegara Kim Ki Jung/Kim Sa Rang 12-21, 21-15, 21-18.

Acara beregu wanita pula dimenangi oleh Bao Yixin/Tang Jinhua dari China selepas mengecewakan beregu senegara Ou Dongni/Tang Yuanting 18-21, 21-16, 21-15.

Pasangan England Chris Adcock/Gabrielle White pula menjuarai acara beregu campuran apabila menumpaskan gandingan China, Liu Cheng/Bao Yixin 21-14, 24-22.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top