Nuffnang

CULIK : PDRM Jamin Keselamatan Warga Taiwan


“Kami beri jaminan yang mangsa berada dalam keadaan selamat. Kami juga membantu keluarganya tatkala kami berusaha membebaskannya dengan kerjasama pihak berkuasa negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di sini Sabtu.




Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kes sedang diuruskan oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina.

Menurut Khalid, pasukan keselamatan dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sedang mengkaji semula langkah-langkah keselamatan susulan insiden itu yang turut meragut nyawa seorang lagi pelancong warga Taiwan.

Beliau berkata, polis juga meningkatkan aktiviti kepolisian komuniti di pulau-pulau dan telah meminta pengusaha resort di pulau-pulau memberikan kerjasama penuh kepada anggota keselamatan.

Dalam kejadian pukul 1 pagi 15 November lepas, pelancong lelaki warga Taiwan berusia 57 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top