Nuffnang

WARIS PERWIRA!!! Selamat Datang Ke Dunia


ANAK WIRA NEGARA SELAMAT DILAHIRKAN: Balu Allahyarham ASP Zulkifli bin Mamat, Nor Aziah Nor, 28 selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 4.07 pagi semalam.



Bayi seberat 3.25 kg itu merupakan anak ketiga pasangan tersebut selepas memiliki dua anak lelaki masing-masing berusia 5 dan 1 tahun. 

Arwah Zulkifli terbunuh semasa kandungan Nor Aziah baru berusia beberapa minggu, ketika mempertahankan negara daripada serangan pengganas Sulu dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini. 

Dalam operasi tersebut, enam lagi pegawai dan anggota polis turut terkorban namun serangan pengganas itu berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan negara.




Tidak semena-mena, sebak hati ini...

Semoga dikau akan menjadi insan yang berguna dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara sepetimana arwah bapamu.

AL-FATIHAH.....
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top