Nuffnang

KENALPASTI : Suspek Pembunuhan TKP Kastam Akan Diberkas!!




KUALA LUMPUR - Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya pada 26 April lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata pengecaman suspek berumur 22 hingga 30 tahun itu dibuat melalui foto dan tindakan memberkas suspek akan dibuat dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau enggan menyiarkan gambar suspek kerana kes itu masih dalam siasatan.

Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, April lalu.

Dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.

Sementara itu, polis menangkap dua suspek yang dipercayai anggota kongsi gelap setelah mendapati suspek mempamerkan tatu yang mempunyai elemen kongsi gelap dalam Ops Cantas Khas dua hari lepas.

"Tangkapan kedua-dua suspek di Brickfields dan Cheras ini menjadikan jumlah kes di bawah akta ini adalah sebanyak 36. Kedua-dua suspek kini ditahan reman dan polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355)," katanya.

-- BERNAMA
Share this article

2 Komen:

  1. Berani bertaruh yg suspek ni India

    BalasPadam
  2. mana tau ni... ! dh tentu nya geng Pok Leh kut... heheheeee...!!! :D

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top