Nuffnang

BERANG!! ARTIS SYABU TUMBUK WARTAWAN!!




Menyedari kisah penahanannya akibat menyalahguna dadah telah menarik perhatian ramai, pelakon Benjy telah bertindak mengasari jurugambar bagi mengelak gambarnya dirakam dalam keadaan bergari di Mahkamah Majistret Ampang, semalam. 

Memetik laporan Utusan Online, pada mulanya Benjy cuba menutup wajah dan menghalang jurugambar daripada merakam gambarnya ketika keluar dari bilik mahkamah sebelum tiba-tiba bertukar agresif.


Benjy kemudiannya menumbuk kepala seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar dan turut menepis beberapa kamera jurugambar lain.

Sebelum ini, anak pelakon Azean Irdawaty ini ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarbangsa dan polis telah menjumpai 4.7 gram dadah dalam sebuah bilik, bagaimanapun tiada sebarang dadah ditemui pada badan Benjy dan rakan-rakannya.

Difahamkan, dia ditahan selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Pada Mac 2010, Benjy telah didakwa atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di No. A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B melalui Jalan Segambut tetapi awal tahun lalu, mahkamah mendapati pelakon itu tidak bersalah dan dibebaskan tanpa syarat.

Share this article

1 Komen:

  1. mohon para wartawan jgn menlulis n mengaitkan penangkapan benjy dgn azen irdawati. yg salah anaknya bukan ibunya.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top