Nuffnang

OPS DAULAT : CERITA KEDAII KOPI




Baru-baru ini saya menghadiri satu majlis akad nikah dan ketika menikmati jamuan saya terdengar seorang pemuda lingkungan 30-an sedang asyik menghentam kerajaan. Saya tidak ambil pusing sangat kerana perkara ini adalah normal dalam sistem politik kepartian negara kita. Namun begitu selera saya sedikit terganggu apabila mereka mula membahaskan tentang pencerobohan pengganas Kiram dan merumuskan bahawa apa yang berlaku di Sabah telah dirancang oleh Kerajaan Barisan Nasional.


Dalam negara menghadapi krisis keselamatan yang paling hebat dewasa ini, saya merasa sangat marah melihat segelintir rakyat yang mudah melempar tohmahan negatif kepada kerajaan dan pasukan keselamatan kita. Setakat ini sepuluh orang anggota keselamatan kita telah gugur di Lahad Datu dan Semporna. Adakah itu juga dirancang kerajaan? Air mata yang mengalir pada waris-waris perwira negara yang gugur juga palsu belaka?



Gambar Hiasan


Semua ini bertitik tolak daripada kenyataan biadap Ahli Parlimen Batu Y.B Tian Chua yang mudah merumuskan bahawa apa yang terjadi di Sabah adalah rancangan jahat UMNO dan Barisan Nasional. Beliau telah didakwa di mahkamah atas kesalahan menghasut tetapi ini tidak mampu menutup mulut penyokong Pakatan Rakyat yang percaya dengan tohmahan ini. Media sosial digunakan dengan rakusnya untuk melemparkan pelbagai tuduhan pada pihak berkuasa khususnya Pihak Polis Diraja Malaysia. Kata-kata seperti “anjing UMNO” dan “mati katak” digunakan sewenang-wenangnya oleh segelintir rakyat terhadap pasukan keselamatan kita seolah mereka lebih tahu hal keselamatan negara.

Salah seorang bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat, Ng Lum Yong pernah merumuskan bahawa Pakatan Rakyat hanya pandai menghasut penyokong-penyokong mereka agar merasa benci kepada kerajaan. Sikap membenci kerajaan ini telah lama dipupuk oleh pimpinan Pakatan Rakyat sehingga membutakan hati penyokong mereka untuk membezakan antara yang hak dan yang batil. PAS juga tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan laba politik dari isu di Sabah ini dengan mempersoalkan darjah “kesyahidan” wira-wira kita yang gugur.

Di manakah sensitiviti mereka ini terhadap waris-waris pejuang kita? Perlu diingat juga bahawa Ops Daulat masih lagi berjalan dan kenyataan-kenyataan biadap serta cemerkap ini mampu meruntuhkan semangat pasukan keselamatan kita di sana. Seluruh rakyat perlu sepakat di belakang kerajaan menentang dan mengutuk tindakan pengganas Kiram menceroboh kedaulatan negara kita. Inilah masanya untuk kita menzahirkan rasa patriotik kita terhadap Malaysia yang tercinta.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam telah menyatakan bahawa kerajaan akan mengadakan satu siasatan “white paper” bagi menyiasat setiap aspek pencerobohan oleh pengganas Kiram ini termasuk mengenalpasti dalang yang merancangnya. Kerajaan berdepan cabaran pertama pasca pemansuhan Akta Dalam Negeri 1960 yang sebelum ini telah digunakan dengan berkesannya bagi menangani kegiatan subversif dalam negara.

Krisis di Sabah akan beransur pulih dan kehidupan rakyat di kawasan yang terbabit akan kembali normal sedikit demi sedikit. Segelintir rakyat yang memberi komen biadap terhadap pasukan keselamatan mungkin tidak langsung mengambil kisah tentang nasib dan juga isteri dan anak-anak pejuang yang gugur. Mereka selesa menjadi General Kedai Kopi atau Kolonel Papan Kekunci dan gemar berhujah berkenaan teori konspirasi. Biarkanlah mereka, mereka jahil. Saya pulang dengan rasa yang diredam; menyedapkan hati ini memikirkan yang majoriti rakyat Malaysia masih menyokong penuh perjuangan pasukan keselamatan kita.

Zul Azry Khalil

Share this article

5 Komen:

  1. SEpatutnya manusia sebegini elok dihantar saja ke Lahad Datu baru depa tahu langit ni tinggi atau rendah!Nanti tak sempat nak minum dikedai kopi kot....atau ada sedara depa yg terkorban..!!

    BalasPadam
  2. Kesilapan kerajaan menghapuskan isa. Kesilapan besar... tu pada pandangan sy...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,
    Salah hari, mereka ni tak pernah jejak kakipun di lahad datu atau semporna...ataupun paling malang, Sabahpun tak pernah pergi.

    Alahaiii...

    BalasPadam
  4. salam...BN harus menggerakkan tenaga kerja bagi menangkis tohmahan ini supaya mereka yg tidak tahu apa2 tidak akan terpengaruh dengan cakap2 mereka yg bencikan kerajaan. Saya juga ada terdengar seorang makcik dengan penuh konfiden bercakap isu LD adalah angkara BN! Saya kesian kepada mereka yg diberi maklumat yg salah oleh pihak yg berkepentingan. Untuk mendapat kuasa, mereka sanggup buat apa saja termasuk memfitnah kerajaan...

    BalasPadam
  5. kematian mereka tidak paslu, air mata waris juga tidak palsu kerana wira2 itu menjalankan tugas yang diarahkan demi negara, namun aku tetap tak berpuas hati mengapakah menteri boleh kata puak kiram tidak mendatangkan ancaman kerana sepatutnya kita tak boleh berlembut dengan sesiapa saja yang disyaki memberi ancaman kepada negara sejak dari mula lagi.

    p.s: bapak aku bekas askar yang terlibat di tawau dahulu dengan latihan gonzales.... serta bekas pemandu kereta perisai...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top