Nuffnang

OPS DAULAT : FASA KETIGA - KESTABILAN!!




PAT : Selain mendiami kampung berkenaan, rondaan bersama melibatkan anggota polis juga akan dibuat membabitkan penggunaan kenderaan berperisai.


"Dalam fasa ketiga ini, tugas ATM ialah mendampingi dan tinggal bersama penduduk tempatan dan membantu seboleh yang mungkin untuk pastikan kehidupan mereka berlangsung seperti mana sebelum berlakunya pencerobohan," katanya pada sidang akhbar di markas operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Selasa.

Selepas 28 hari dilancarkan, Operasi Daulat yang membabitkan gerakan ofensif disusuli penggeledahan dan pembersihan kini memasuki fasa untuk menstabilkan keadaan.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata fasa ketiga yang bermula semalam itu memfokuskan kepada usaha membina keyakinan rakyat terhadap keadaan keselamatan secara keseluruhan.

Beliau berkata ia juga memfokuskan usaha memudahkan pemindahan penduduk dari pusat-pusat kediaman ke rumah masing-masing, dengan anggota keselamatan turut mendiami kawasan kampung.

"Kita memberi jaminan bahawa pasukan keselamatan akan membantu mereka sehingga yakin untuk melakukan aktiviti harian seperti sebelum ini dan untuk itu, unit-unit dan anggota keselamatan akan berkampung bersama penduduk.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata dua daripada empat pusat pemindahan sementara iaitu Fajar Harapan dan Gemala Puri ditutup secara rasmi semalam, diikuti Cenderawasih dan Embara Budi hari ini.

Berikutan kepulangan penduduk ke rumah masing-masing, Zulkifeli berkata Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian yang ditutup sebelum ini akan beroperasi semula mulai Isnin.


Katanya, perkara itu dipersetujui bersama Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud yang kebetulan melawat Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan pagi tadi.


"Kami memutuskan kedua-dua sekolah akan dibuka semula. Ibu bapa dan murid-murid digalakkan ke sekolah untuk membantu pihak pengurusan membersihkan sekolah masing-masing sebelum dibuka semula Isnin ini," katanya.


Ditanya apakah hala tuju Operasi Daulat setelah pusat pemindahan ditutup dan sekolah-sekolah dibuka, Zulkifeli berkata walaupun operasi diperlahankan, kekuatan anggota tentera akan dikekalkan dengan tumpuan beralih kepada pengoperasian Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang baru ditubuhkan.


Beliau berkata usaha menjejaki saki-baki pengganas tetap diteruskan walaupun pasukan keselamatan yakin mereka kini tidak lagi berada di dalam kawasan operasi.


"Usaha menjejak pengganas yang kini kurang daripada 10 orang diteruskan menerusi perisikan dan kita percaya besar kemungkinan mereka tidak lagi berada di dalam kawasan Operasi Daulat," katanya.






-- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top