Nuffnang

OPS DAULAT : PASUKAN KITA TERBAIK DUNIA !!!



“Saya bangga dengan pasukan keselamatan. Pengorbanan 10 anggota juga bukan sia-sia kerana mereka berjuang untuk keamanan dan kedaulatan negara,” katanya.

Tuduhan melulu terhadap pasukan keselamatan disifatkan sebagai agenda kotor pihak tertentu yang menggadaikan negara dan membebankan rakyat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memuji kejayaan pasukan keselamatan yang bermati-matian mengawal keamanan di Felda Sahabat dan Semporna, Sabah daripada serangan pengganas dan menyifatkan mereka sebagai antara pasukan terbaik dunia.

Katanya, jelas kerjasama erat antara pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dapat mengembalikan keamanan seperti sedia kala selain kejayaan tiga pasukan itu mengawal ketegangan ketika pencerobohan.

“Pertahanan negara yang terbaik dunia dan kerjasama ditunjukkan mereka diakui dari dalam dan luar negara.,” katanya.

Beliau berkata, tanpa kerjasama dan tolak ansur, sukar bagi kerajaan mencapai matlamat keamanan selain dirinya menghargai pengorbanan 10 anggota keselamatan yang terkorban.

“Ramai pihak memperlekehkan kemampuan pasukan keselamatan dan hari ini mereka berjaya mengembalikan keamanan,” katanya.

Hishamuddin berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi akan melawat Felda Sahabat dan kehadirannya bukan saja berkongsi kesedihan bersama penduduk tetapi menghargai pasukan keselamatan yang berkhidmat. Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Operasi JPAM, di Dewan Desa Kencana, di sini, semalam sambil memuji persediaan awal pasukan itu menyalurkan bantuan kepada mangsa perpindahan.

“Diharapkan usaha murni JPAM memperbetulkan tanggapan media Filipina yang menuduh pasukan ini tidak menyediakan bantuan secukupnya kepada warga Suluk,” katanya.

Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top