Nuffnang

DIA MUFTI, ARIF AGAMA TAPI DIA PILIH PKR DARIPADA PAS. APA MAKNANYA?




KANGAR - Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket PKR.

Pengerusi PKR, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata, dengan pemilihan Juanda, partinya yakin akan menang di kubu kuat BN itu.

"Kami optimistik akan menang," kata beliau dipetik Star Online hari ini.

Juanda memegang jawatan mufri sejak awal 2009 menggantikan Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Sebelum ini, Pas dikatakan telah cuba menghalang tokoh ulama itu daripada bertanding atas tiket PKR di Perlis kerana Juanda akan menyertai PKR, bukannya Pas.

Pas cuba memonopoli ketiga-tiga kerusi Parlimen di Perlis walaupun mereka tewas pada tahun 2008.

Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Kangar adalah kerusi Parlimen terbesar di negeri itu dengan kira-kira 50,000 pengundi dan kita optimis untuk menang.

Dr Juanda yang berasal dari Sarawak sebelum ini dilaporkan antara individu yang cuba dipancing BN dan Pakatan Rakyat.

Kerusi Parlimen Kangar disandang Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN) yang menewaskan calon PKR Tunku Abdul Rahman Tunku Ismail dengan majoriti 13,600 undi pada pilihan raya umum 2008.

Disebabkan ingin bertanding diketiga-tiga kerusi Parlimen di Perlis, Pas dikatakan agak terkilan apabila Dr Juanda yang berlatarbelakangkan agama tidak tertarik untuk menyertai Pas.

Berdasarkan trend ini, maka jelas kepada kita, golongan ulama tidak lagi melihat Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam yang sebenar. Malah Pas dilihat seperti juga parti-parti politik yang lain seperti DAP, Gerakan, MCA dan MIC.

Jika Dr. Juanda memilih BN, sudah pasti penyokong Pas akan menjerit-jerit dan melalak-lalak menyatakan Juanda telah dibeli kerana sanggup lari daripada perjuangan Islam.

Mari kita sama-sama tunggu, apa komen penyokong Pas atas tindakan Dr. Juanda memilih PKR yang dengan secara tidak langsung telah MENOLAK Pas secara rasmi.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top