Nuffnang

GEMPAR!! Jururawat Ditemui Gantung Diri Di Asrama

"Mayat wanita terbabit yang berusia 25 tahun ditemui penyelia asrama yang bertindak memecahkan pintu bilik yang berkunci dari dalam setelah mendapati mangsa tidak menyahut panggilannya," katanya, hari ini. 

Seorang jururawat ditemui mati tergantung pada kipas di dalam biliknya di asrama jururawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, malam tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata, polis menerima laporan daripada orang awam kira-kira jam 11.40 malam. 

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik mayat hospital berkenaan untuk dibedah siasat. 




Gambar Hiasan



"Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah berlaku. Bagaimanapun polis masih menyiasat dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," kata Mohd Zakaria. 

Sementara itu seorang lelaki turut ditemui mati tergantung pada pokok rhu dengan tali nilon, kira-kira 50 meter dari pantai Kuala Pahang. 

Mayat mangsa ditemui seorang nelayan kira-kira jam 6.30 petang semalam. 
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mangsa yang berusia 30 tahun adalah seorang duda dan mempunyai seorang anak lelaki. 

Kes turut diklasifikasi sebagai mati mengejut. - BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top