Nuffnang

Nik Aziz Berkecil Hati Bila Najib Ke Gaza Dengan Nasa

Semalam terpahat satu lagi sejarah negara apabila DS Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama melawat Tebing Gaza. Keberanian dan Komitmen Najib dalam membantu Palestin amat membanggakan tatkala tiada jaminan keselamatan diberikan oleh pihak Palestin kepada rombongan beliau.

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin pada jam 10.40 atau 4.40 petang waktu Malaysia.



Eh! Macam kenal jer sebelah Najib tu.... Makin kecil hati la Nik Aziz



Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.
Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu.





Najib juga memeriksa barisan kehormat Pasukan Polis Palestin.

Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55km dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.

Selepas memeriksa barisan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah.

Di Gaza, Najib dijadual melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baru untuk Ismail. Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lalu.

Kemudian, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis jamuan tengah hari dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, tempat Najib dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.




Selepas itu, Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir Mohamed Morsi. Perdana Menteri dan isteri yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir tiba di Kaherah jam 9 malam kelmarin, waktu tempatan. 
 
Menulis ringkas menerusi laman Tweeternya di @NajibRazak malam tadi, Perdana Menteri berkata, lawatan beliau ke Semenanjung Gaza yang didiami 1.7 juta rakyat Palestin itu disambut oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Melalui tulisan Twitternya itu, Najib turut berkongsi pengalaman beliau mengunjungi tapak projek sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah.





"Saya telah lawat Gaza dan disambut PM Ismail Haniyeh. Sempat juga kunjungi tapak projek sekolah (yang dibiayai) Malaysia. Alhamdulillah, urusan di Gaza berjalan dengan selamat dan jayanya,” kata Najib.

Eh.... MB yang diangkat sebagai Nabi Pas bila lagi??? Tak Nak melawat ke bumi An-Biya'???
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top