Nuffnang

KANTOI!!! "Staf" Media Prima Tawar Pelakon Tambahan Ditahan Polis


SHAH ALAM – Taktik seorang lelaki menyamar sebagai kakitangan Media Prima Bhd. dan mencari ‘mangsa’ untuk menjadi pelakon tambahan terbongkar selepas polis berjaya menahannya di sebuah rumah di Kluang, Johor baru-baru ini.



Dalam serbuan kira-kira pukul 7 malam pada 9 Januari lalu, suspek berusia 22 tahun ditangkap kerana dipercayai memperdayakan dua mangsanya yang merupakan remaja perempuan berusia 16 tahun.
Kedua-dua remaja itu sebelum itu membuat laporan di Balai Polis Kajang mendakwa mereka ditipu seorang lelaki yang menawarkan mereka untuk memegang watak tambahan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa diminta berjumpa dengan suspek yang dikenali melalui laman sosial Facebook di sebuah pusat beli-belah di Kajang pada 18 Disember lalu.
Beliau berkata, suspek yang bersetuju mengambil remaja terbabit sebagai pelakon tambahan meminta mangsa berkenaan menunggu di sebuah kedai rambut untuk mendapatkan khidmat solekan dan mengarahkan mereka menyerahkan beg tangan serta barangan peribadi seperti telefon bimbit kepadanya.
“Mangsa mengesyaki berlakunya penipuan apabila menunggu suspek hampir empat jam di kedai tersebut dan mengambil keputusan membuat laporan polis.
“Hasil siasatan polis mendapati suspek pernah terlibat dalam tujuh kes jenayah iaitu tiga kes di sekitar Kajang, dua kes di Ampang dan Gombak antaranya rogol, curi dalam bangunan, pecah rumah, melarikan kanak-kanak bawah 16 tahun dan samun,” kata beliau dalam sidang akhbar di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor hari ini. - BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top