Nuffnang

SEMBANG MESRA BELIA DI PETRA JAYA

Seramai 60 orang belia kawasan pengkalan Kampong Paroh hadir dalam sesi dialog bersama Setiausaha Sulit YB Parlimen Petra Jaya baru-baru ini. Program Sembang Mesra Belia yang dianjurkan telah berjaya menyelami masalah dan isu-isu belia di kawasan berkenaan.





Selain itu, ia menjadi platform kepada belia untuk menyuarakan pendapat dan pandangan kepada kerajaan bagi membela nasib belia setempat. Komunikasi dua hala ini memberikan gambaran bahawa belia di peringkat akar umbi amat memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam memastikan maklumat yang disampaikan oleh kerajaan jelas dan sampai kepada mereka.

Justeru itu, ia dapat mengurangkan tohmahan bahawa kepimpinan kerajaan tidak turun padang dan tidak memberi perhatian kepada belia di peringkat akar umbi - KBS
Share this article

1 Komen:

  1. eloklah diperbanyakkan lagi program berfaedah sebegini. sekurang-kurangnya ia boleh mengisi masa lapang para belia.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top