Nuffnang

PRU 13 DAN ANAK MUDA

Dato’ Sri Mohd Najib telah pun memberikan beberapa ‘hint’ ketika menghadiri program-program rakyat tentang kebarangkalian PRU13. Malah ramai menjangkakan, PRU13 akan tiba tak lama lagi. Semua pihak kini telah pun membuat langkah-langkah sepatutnya sebagai persediaan menghadapi PRU13. Ada yang beranggapan PRU13 kali ini, semua pihak seolah-olah fokus kepada golongan anak muda. Adakah ianya benar? dan apakah harapan serta kehendak anak muda kita pada PRU13?



Gambar Hiasan


Sepanjang 1-2 tahun kebelakangan ini,kita dapat lihat begitu banyak program-program anjuran kerajaan terutama dari Kementerian Belia & Sukan (KBS) begitu banyak hinggakan dianjurkan ke seluruh negara dari sekecil-kecil program hingga lah ke program mega. Apa yang kita nak lihat, bukan dari sudut penganjuran namun penglibatan orang muda di dalam program ini. Tak guna kita buat program Tapi sambutannya kurang mengalakkan ibarat bertepuk sebelah tangan.

Bila bebicara soal penglibatan, sambutan dan respond dari golongan belia atau orang muda nie, memang di luar jangkaan! Kita lihat sahaja program anjuran pemuda BN, penganjuran BN Youth Job Fair sangat di luar jangkaan dengan kehadiran ribuan orang muda terutama lepasan universiti datang untuk mencari peluang pekerjaan. Rata-rata mereka terutama golongan Melayu lebih merujuk dan yakin dengan penganjuran oleh Pemuda BN berbanding Jobstreet.com.



Gambar Hiasan


Peluang untuk mereka dilihat cerah pada penganjuran ini malah penganjurannya diadakan ke seluruh Malaysia! Bukan hanya di Lembah Klang sahaja. Orang muda melihat, kepentingan mereka dijaga bukan hanya yangg tinggal di lembah Klang sahaja malah Pemuda BN tetap membela nasib mereka walau di mana mereka berada.

Aspek ini penting bagi menentukan pilihan orang muda ketika PRU13 nanti. Bantuan oleh Pemuda BN amat diperlukan apatah lagi dengan penganjuran program yang penting dalam langkah pertama orang muda ke alam kerjaya. Sudah la Kerajaan sediakan pelbagai peluang pekerjaan melalui sektor kerajaan dan swasta, Pemuda BN pula bantu golongan muda untuk dapatkan pekerjaan.

Baca lagi di Suara Generasi Baru


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top