Nuffnang

SEKITAR KARNIVAL MESRA BELIA 1FELDA 1MALAYSIA LUBUK MERBAU, KEDAH

Penganjuran karnival ini  telah dapat merapatkan jurang antara golongan belia dengan pemimpin setempat. Ia juga menjadi salah satu platform untuk menarik minat warga felda khususnya dari golongan belia untuk bersama-sama merealisasikan dasar-dasar negara sepertimana yang di war-warkan Perdana Menteri Malaysia, “ Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan”.




Kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Y.Brs. Tuan Borhan bin Dolah pada Karnival Mesra Belia 1 Felda 1 Malaysia di Felda Lubuk Merbau, Pendang telah menyemarakkan lagi sambutan karnival yang berlangsung baru-baru ini.

Tomahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak bahawa kepimpinan Negara tidak turun padang dan tidak memberi perhatian kepada belia felda khususnya di peringkat akar umbi dapat disangkal.
Program yang berlangsung selama dua hari ini bermula pada 22 - 23 Mac yang lalu turut dimeriahkan dengan pelbagai bentuk pameran untuk tatapan warga felda antaranya dari pihak ASTRO sendiri, CELCOM, Jenama Sukan MIZI, PERODUA, POS MALAYSIA, AL-JABBAR, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Cawangan Jitra, Jabatan Kesihatan dan Tekun.

Selain daripada pelbagai pameran menarik yang disediakan, agensi-agensi ini turut menyediakan pelbagai promosi hebat buat warga felda di sini.
“Promosi yang berterusan di setiap lokasi terpilih mampu menarik lebih ramai lagi individu untuk hadir ke Putrajaya bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 Mei ini bagi mencapai sasaran dua juta belia sepertimana yang diharapkan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abd. Razak” tegas Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Y.Brs. Tuan Borhan bin Dolah.

Kemeriahan karnival pada kali ini telah disemarakkan lagi dengan kemunculan artis-artis hebat Malaysia dalam suasana konsert yang cukup gamat, antaranya artis lagenda negara, Jay Jay, dan bintang-bintang Akademi Fantasia seperti Yazer, Idayu, Azri dan Farina.

Selain itu, turut diadakan pertandingan karaoke, sukaneka, Larian 1 Belia 1 Felda, senamrobik, pertandingan Futsal, Pertunjukan Layang-Layang Persembahan Wayang Kulit dan yang paling menarik perhatian adalah Pertunjukan Muay Thai yang mana merupakan sukan yang sinonim bagi masyarakat di sini.

Diharapkan program seumpama ini dapat memberi peluang dan pendedahan buat warga felda dan belia ke arah memperkukuhkan jatidiri dengan semangat patriotism dan cintakan negara seterusnya dapat menjadi tunjang kemajuan negara pada masa akan datang - KBS


Semak Jadual Karnival di tempat anda. Klik sini.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top