Nuffnang

TUN M : GOLONGAN MUDA PERLU BIJAK BUAT PILIHAN

SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihati golongan muda supaya bijak membuat pilihan dalam memburu ilmu pengetahuan untuk mengelak menjadi mangsa eksploitasi pada era maklumat yang penuh mencabar ini.

Gambar hiasan

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kini, kemahiran bukan saja diperlukan dalam memperoleh pengetahuan, tetapi juga dalam mencari dan mengamalkan sesuatu pengetahuan dengan cara yang sewajarnya untuk mencapai kejayaan.

"Hari ini, kita didatangi pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan maklumat yang sesetengahnya boleh menimbulkan bahaya serta kekeliruan, dan sekiranya kita tidak berhati-hati dalam membuat pemilihan, kita akan terpengaruh olehnya.

"Contohnya, propaganda dicipta bagi memutarbelitkan ilmu pengetahuan untuk meraih kelebihan tertentu, dan ia tidak selalunya baik.

"Akibatnya, orang akan tersilap membuat keputusan sekiranya mereka tidak cukup berhati-hati dalam memilih pengetahuan yang dicari,” kata beliau ketika menyampaikan ceramah pada Forum Pengurusan Ilmu di sini hari ini.

Forum sehari itu dianjurkan Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM). – BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top