Browse » Home » » PANAS!!! TOK PA TERKEJUT DISERBU MAHASISWA DI KOTA BHARU
PANAS!!! TOK PA TERKEJUT DISERBU MAHASISWA DI KOTA BHARU
Mahasiswa Kelantan hari ini berhimpun secara aman untuk menyambut kepulangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.
Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 300 pelajar itu adalah untuk menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh Barisan Nasional (BN).
Kumpulan tersebut terdiri daripada mahasiswa daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).
Mereka mula berkumpul pada pukul 2.15 petang untuk menyambut kepulangan Mustapa ke negeri ini memegang sepanduk yang tertulis ‘Kami Sokong Tok Pa’ dan ‘Mahasiswa Kelantan Menyokong Gagasan 1Malaysia’.
Mustapa dalam ucapan ringkasnya di lapangan terbang tersebut berkata, perhimpunan ini membuktikan majoriti mahasiswa menyokong Kerajaan Pusat. “Dengan sokongan yang diberikan oleh pelajar Kelantan kepada Kerajaan Malaysia, jelas membuktikan majoriti pelajar mahukan kemananan, sopan, tertib dan beradab, yang hendak huru hara dan kaki ‘gedebe’ ini adalah kumpulan kecil sahaja.
“Kita mahu majoriti senyap ini bangkit menentang kumpulan yang mahu menimbulkan huru hara dan sedang dipergunakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta pihak-pihak lain.
“Saya sebagai bekas Menteri Pengajian Tinggi tahu majoriti mahasiswa kita menolak golongan yang menggangu keamanan.
“Sebagai contoh di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ada 20,000 penuntut, yang buat kecoh baru-baru ini 70 orang sahaja, ia tidak menggambarkan keadaan sebenar,” katanya.
Katanya, perjuangan untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak bermakna sama sekali.
“Mahasiswa perlu sedar perjuangan PKR hanya untuk seorang individu, tetapi demi Anwar seorang keamanan dan kenteteraman awam negara tergugat.
“Kalau ada masalah jangan turun ke jalan raya jumpa menteri, gunakan saluran yang betul dan kita bukan kuku besi atau autokratik, kita sebuah negara demokrasi dan kena hormati institusi demokrasi,” katanya.
Sumber : Khabar KB
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....