Nuffnang

Gandingan Maliki dan Ghadafi Terajui Kepimpinan Majlis Belia Malaysia

Berakhir sudah majlis MPAT MBM kali ke 61 yang menyaksikan pemilihan Jawatankuasa kerja serta kepimpinan Majlis Belia Malaysia bagi sesi 2012-2014. Pelbagai ragam anak muda khususnya pemimpin-pemimpin dan perwakilan persatuan belia dari seluruh negara telah berkumpul di Hotel Summit, USJ, Subang semenjak 18 Januari yang lalu.

Seperti tahun-tahun sebelum ini yang melibatkan pemilihan kepimpinan tertinggi pertubuhan belia ini, pelbagai ragam, cerita dan gelagat perwakilan mewarnai sepanjang 3 hari mesyuarat ini berlangsung.

Dipendekkan cerita, sekitar jam 2. 45 petang tadi Pengerusi Pilihanraya MBM yang dilantik Ketua Eksekutif Persekutuan Pengakap Malaysia, Encik Mohd Zaki Nuru-udin telah mengumumkan keputusan pemilihan itu buat menghilangkan debaran calon-calon yang bertanding.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) sedia ada, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee mengekalkan jawatan itu buat penggal 2012-2014 apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan hari ini.






Gandingan beliau iatu saudara  MUA’AMAR GHADAFI JAMAL daripada Gerakan Belia 4B (M) memenangi kerusi Timbalan Presiden, juga tanpa bertanding.

Berikut adalah senarai pemenang bagi jawatan-jawatan yang dipertandingkan kali ini.


Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Kerja MBM sesi 2012-2014


1. Pengerusi Tetap
    Khairul Anuar El-Shazali Musa
    MBN Perak

2. Timb. Pengerusi Tetap
    K. Murali 
    KBBT

3. Presiden
    Mohd Maliki Mohd Rapiee (Mng Tanpa Btanding - MTB)
    MBN P. Pinang

4. Timb Presiden
    Mua'amar Ghadafi (MTB)
    Gerakan 4B (M)

5. Setiausaha Agung
    Zaidi Aziz (MTB)

 6. Naib Presiden
    - Low Eng Teck
      GBBM

    - Mandzri bin Nasib
      Felda (MBFM)
    
    - Nasrul Ahmad
      (MGB Melaka)

    - 2 Lantikan Presiden
         (Wanita - akan diumumkan kemudian)
         (Borneo - akan diumumkan kemudian)
7. JK Kerja (Exco)
    - 12 kerusi

8. 3 Lantikan Presiden

    - Ketua Penerangan (akan diumumkan kemudian)
    - Pen. SU (akan diumumkan kemudian)
    - Pen. Bendahari (akan diumumkan kemudian)



Tahniah kepada pemenang. Jaga dan hargailah kepercayaan serta amanah yang diberikan oleh para perwakilan kepada anda semua. Kepada yang tewas, teruskanlah perjuangan saudara-saudara semua dalam mengangkat martabat pembangunan belia di negara kita.


BELIA PENGGERAK TRANSFORMASI!!!






read more...

ALLAHU AKHBAR! INJIL SAHKAN MUHAMMAD RASULLULLAH DITEMUI




Gempar! Injil berusia 1,500 thn SAHKAN Muhammad Rasulullah !!

ALLAHUAKBAR.. 
Satu naskhah kitab Injil berbahasa Arami berumur lebih 1,500 tahun telah ditemui di Turki... Mengandungi pernyataan Nabi Isa a.s bahwa Muhammad adalah sebagai RASUL yang akan datang selepasnya....!!

Penemuan ini benar-benar telah menggemparkan Pusat Kristian Dunia di Vatican, Rome. 

 



NASKHAH Injil tersebut sebenarnya sudah ditemui sejak 12 tahun lalu...namun atas desakan dan permintaan kuat pihak gereja ia telah dirahsiakan...kerana bimbang ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad(Muhammad) saw....

Penemuan Injil ini mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XV sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. 

Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa AS. Injil berkenaan dijumpai oleh polis Turki pada tahun 2000 dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam. Pada 2010, Injil berkenaan diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan diberi kebenaran untuk dipamerkan setelah beberapa usaha pemulihan.
Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah Islam yang mana Nabi Isa AS dipercayai hanya seorang Rasul dan pesuruh Allah swt dan bukan anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai sebahagian besar mereka yang beragama Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Protestan, Anglican dan Orthodox. 

Lebih menarik, Injil ini turut mendakwa Nabi Isa AS tidak pernah meninggal dunia akibat disalib dan baginda telah diangkat oleh Allah swt ke langit. Ia bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan daripada hawari Paul.


Oleh yang demikian, ramai cendikiawan Kristian menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-16 dan bukannya abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam. Namun bergitu, pengkaji-pengkaji Islam mempercayai ia adalah Injil yang sebenar-benar Injil sepertimana yang difirman ole Allah swt dalam Al-Quran.


"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. (2:146)



BB : ALLAH MAHA BESAR
read more...

Sokongan Ulama Dan Umarak Meningkat, BN Yakin Rampas Kelantan


KOTA BAHARU, 20 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak percaya perjuangan Barisan Nasional (BN) untuk mengubah kepimpinan negeri Kelantan turut melibatkan tokoh agama seperti golongan ulama dan umarak.

Beliau berkata tokoh agama ini merupakan pejuang mewakili suara masyarakat Kelantan yang sentiasa dahagakan perubahan tanpa mengetepikan pegangan agama.

"Kalau ingin melihat perubahan, inilah kumpulan yang akan mencipta sejarah. Perjuangan kita melibatkan gandingan baharu pemimpin-pemimpin bertaraf ulama dan umarak (pemimpin).

"Ulama-ulama ini yang tidak main politik. Mereka ini juruh (baik dan bagus), Insya-Allah mereka akan bersama-sama dengan kita. Inilah yang menjadi pegangan saya," katanya pada majlis minum petang bersama badan bukan kerajaan dan pemimpin tempatan termasuk pemimpin sekolah pondok di sini.

Terdahulu perdana menteri mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno Kelantan kira-kira dua jam.

Najib berharap perjuangan ulama dan umarak akan sentiasa diteruskan serta disokong pelbagai pihak dalam usaha mencapai matlamat yang dirancang.

"Teruskan usaha kita dengan ceramah-ceramah yang dibuat oleh golongan ulama muda mahu pun tua, dan guru pondok. Ini akan membantu kita dalam memberi penjelasan bahawa BN berada di atas landasan yang benar," katanya.

Jelas Najib, Kelantan merupakan negeri pertama yang dimasukkan dalam manifesto BN dan manifesto itu akan dilaksanakan dan dibuktikan kerana janji kerajaan pusat sentiasa ditepati.

Perdana menteri mengumumkan tujuh projek besar antara sebahagian manifesto BN yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.

Projek itu merangkumi pembinaan lebuhraya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, pembinaan masjid terbesar dan pembinaan perumahan rakyat peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.
read more...

VIDEO : Ulama' Indonesia Bantai PAS!!


Jom Layan video ni..Orang Pas Mai la tengok....



Ini Pula berhubung Penggunaan Kalimah Allah oleh orang bukan Islam



read more...

NAJIB.. AMBO NAK UMUM DAH....DAH DEKAT

KOTA BHARU - Teka-teki Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) terus mendapat perhatian di mana hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat.

Berucap pada Majlis Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar di sini, Presiden Umno menegaskan, pihaknya sudah bersedia, sambil mahu rakyat  memberi undi kepada Barisan Nasional (BN).




"Ambo (saya) nak umum pilihan raya dah, hari ini dalam majlis nak tanya adakah rakyat bersedia menyokong BN ?" kata beliau yang juga Pengerusi BN sambil menerima sorokan lebih 30,000 penyokong.

Dalam ucapan itu, Najib turut mengumumkan tujuh janji kepada rakyat Kelantan sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir negeri.

Antaranya, pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, stadium baru, menyediakan kemudahan air, perumahan rakyat, kampus Universiti Teknologi Mara kampus Kota Bharu dan masjid terbesar di Kelantan.
read more...

Badminton Terbuka Malaysia 2013 : Dato Lee Chong Wei Pertahan Kejuaraan Buat Kali Ke 9

PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan Terbuka Malaysia 2013 hari ini buat kali kesembilan.

Kemenangan beliau dicapai selepas menewaskan Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia  21-7 dan 21-8.

Dato Chong Wei sebelum ini menjuarai Terbuka Malaysia pada tahun 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012.





Terdahulu Beregu campuran nombor satu negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying nyata kecewa dengan persembahan mereka apabila kalah kepada pasangan Denmark, Joachim Fischer Nielsen dan Christinna Pedersen pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Super Siri Maybank Terbuka Malaysia 2013.

Pilihan utama kejohanan itu kalah 13-21 dan 18-21 kepada Nielsen dan Pedersen yang merupakan pilihan kedua dalam masa 45 minit sekaligus meleburkan harapan mereka untuk menjulang kejuaraan buat kali pertama.

"Saya rasa kami boleh main lagi bagus daripada hari ini...kami kalah kepada mereka (Nielsen dan Pedersen) sebab terlalu ingin cepat menghabiskan permainan terutama pada set kedua.

"Saya rasa kami perlu lebih banyak belajar daripada beregu campuran ternama dunia yang lain sekiranya ingin berjaya pada masa depan," kata Peng Soon ketika ditemui pemberita selepas perlawanan di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Tahniah Dato Lee Chong Wei kerana membuktikan bahawa perkahwinan bukan penghalang bagi mencapai kemenangan.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top