Nuffnang

SUBHANALLAH!! BAYI BERKAKI ENAM DILAHIRKAN

Sungguh malang nasib bayi ini. Menderita kelainan genetika, bayi asal Pakistan ini, terlahir dengan enam kaki di tubuhnya. Sejumlah doktor di Institut National Kesehatan Anak Pakistan, kini mencuba untuk mengangkat empat kaki bayi yang kini dirawat di unit perawatan intensif rumah sakit tersebut. 




Menurut Pengarah Institut Nasional Kesihatan Anak Pakistan, Jamal Raza, ibu dari bayi malang itu diramal mengandung bayi kembar, namun pertumbuhan janinnya tidak sempurna berkembang menjadi prematur. 


Bayi Berkaki Enam Hal itu mengakibatkan janin itu tumbuh menjadi seorang bayi yang memiliki organ kaki tambahan. Jamal menambahkan, pihaknya merancang akan mengoperasi kaki anak itu, dan mempertimbangkan akan meminta bantuan dari para pakar asing dengan pengalaman lebih mendalam kelainan langkah tersebut, yang diyakini menimpa hanya satu dari satu juta bayi. 

“Kami perlu mengetahui apakah tubuh kembarannya menyatu pada bayi ini atau terpisah. Kita juga perlu mempertimbangkan berapa banyak organ internal yang telah berfungsi,” lanjutnya. 


Akan tetapi perbelanjaan untuk mengoperasi bayi itu tidaklah murah, dan ayah dari bayi malang itu, Imran Shaikh sudah angkat tangan. Untuk itu ia meminta kepada kerajaan dan masyarakat untuk membantunya. 


“Saya tidak mampu untuk mengunjungi Karachi dan mendapatkan perawatan untuk bayi saya,” kata Imran, yang merupakan teknisi X-ray, dan yang mendapat gaji sebesar 66 US Dollar sebulan. 
read more...

GEMPAR!!! DESAKAN SEKS DALAM PARLIMEN

Panas...Panaasss..Panaaaasssss


 
Siapa Gwo-Burne Loh?? Rasanya lebih ramai yang mengetahui dan mengenali beliau gara-gara Video VK Lingam menjelang PRU 12 yang lalu. Tup-tap bertanding di Kelana Jaya dan menang. Apa punya pengundi laa....


 
Apa pun sampai sekarang ada tak dengar cerita pasal YB ni? Apa bantuan dan sumbangan beliau kepada Kelana Jaya? Rasa macam tiada je... tak tahu le.


Tapi di sini gua ingin bagitau kepada you all semua salah satu kerja yang YB ni buat sepanjang lebih kurang 4 tahun yang lepas ialah mengkaji perihal perilaku seks di kalangan warga emas serta ketahanan anak muda dalam menolak ajakan seks. Kenapa gua kata begitu? You all lihat le sendiri soalan yang beliau ajukan di Parlimen.


 
SOALAN:

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memupuk belia yang kental dan berupaya melawan desakan seks daripada seorang berusia lebih 60 tahun yang didakwanya meliwat.

Kan gua dah kata, lama tu beb. Selama 4 tahun jadi YB, rupa-rupanya beliau membuat kajian tentang perkara ini.

Mai kita tengok pulak apa kata Menteri yang terlibat, sapa lagi kalau bukan Shabery Cheek

JAWAPAN

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, melalui 12 Kementerian yang terlibat secara langsung dengan pembangunan belia, pelbagai program telah dan sedang di jalankan bagi memastikan generasi belia menjadi warganegara yang cemerlang, kental dari segi fizikal dan mental serta bertanggungjawab kepada masyarakatnya.

Namun begitu, tidak mungkin mana-mana kerajaan mampu mengadakan program terhadap perlakuan setiap individu di negaranya. Ini termasuk mengawal setiap individu tanpa mengira usia, yang mungkin ada keupayaan dan kelainan tertentu yang boleh menguasai dan mengawal orang lain bagi memenuhi semua jenis kehendak individu berkenaan.

Saya percaya, YB Kelana Jaya boleh mencari banyak contoh di dunia di mana ada individu yang walaupun berusia tetapi mempunyai keupayaan untuk menundukkan orang lain yang lebih muda darinya.

Menteri Dato Sri Ahmad Shabery Chik
Menteri Belia dan Sukan
read more...

NEELOFA OH NEELOFA.... SEKSI, AYU ATAU BAKAT???

Rasanya tidak perlu lagi gua memperkenalkan siapa Neelofa ni. Bekas pemenang Dewi Remaja ni memang cukup popular ketika ini. 




Pernah suatu ketika, Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa binti Mohd Noor, bukan sahaja dijadikan penyebab keretakan hubungan pasangan aktres Maria Farida dan Shahz Jaszle, malah dia juga dikatakan sedang bermain cinta bersama Shahz Jaszle.



Dimaklumkan hubungan yang terjalin sewaktu mereka sama-sama menjayakan penggambaran filem terbaru arahan Aziz M. Osman, Azura 2011 itu dikatakan menjadi intim lantas membuatkan Shahz Jaszle memutuskan hubungannya bersama Maria Farida setelah enam bulan mereka menjalinkan hubungan cinta.





Selain itu, sensasi Neelofa berpakaian seksis sehingga nampak seluar dalam juga pernah dimuatkan dalam portal hiburan.




Atau populariti Neelofa ketika kerana dikurniakan wajah yang cukup ayu atau komersil serta bakat lakonan yang hebat???






BB : Dulu peminat Dato' Siti Nurhaliza, pastu Erra Fazira, pastu Lisa Surihani. Lepas semua-semua ni dah kawen, terus minat Neelofa pulakkkk.
read more...

VIDEO!!! SHABERY CHEEK DAN ROSMAH BIKIN PANASSSS

Shabery Cheek Oh Shabery Cheek!!!


Tak habis-habis dengan cerita dan kisah sensasi. Gua malas la nak citer panjang. Lu orang tengok le sendiri video ni......



 
Dah tengok??? Tu la gua malas nak cakap banyak... Kan dah cakap siang-siang lagi. Siapa kata kerajaan hanya fikirkan kaum bumiputera sahaja??? Siapa kata??? Setahu gua la, 80 % anak muda yang berada di depan pentas utama semasa acara kemuncak Himpunan Jutaan Belia 2011 tu semuanya berkulit putih melepak.

Anak muda berbangsa Cina ni kalau korang nak tahu datang seawal jam 8.00 pagi semata-mata untuk mendapatkan tempat paling depan di pentas utama. Tu Dia!!! Korang sanggup ke???? Sanggup....Sanggup....

Banyak lagi gua kan dedahkan berkaitan Himpunan Jutaan Belia ni especially yang ada kaitan dengan puak-puak yang kononnya 'alim....korang tunggu la.....
read more...

GEMPAR!!! DATO SRI NAJIB KENA KEPUNG DENGAN MAT MOTOR ANAK MUDA

Panasssss!!! Mana bodyguard-bodyguard PM ni??? Korang semua pi mana? Tidur ke? Atau korang semua dah kena pancing dengan pakatan haram tu!!! Begitulah yang berlaku... Berlaku pula di "pot" Dataran Reformasi Jalan Kebun, Klang, Selangor.

Kredit tu Darul Ehsan Today

Korang Tengok le sendiri.....













Majlis anjuran Waris Malaya ini yang dihadiri oleh Perdana Menteri menunjukkan komitmen PM terhadap golongan muda, yang suatu ketika nanti menjadi waris bumi bertuah ini.  Cukup sporting PM kita ni, siap bonceng motorsikal tu bro.. 

Sekalung Tahniah juga kepada Raouf Mokhtar, penaung Waris Malaya.

Tidak lupa juga kepada pemilik Dataran Reformasi, yang telah bertukar kepada Dataran Transformasi, Sdr. SD Johari.  

Kepada Awie (wings), gua caya sama lu bro.... Masih ada lagi artis yang pandai menghargai usaha kerajaan.

Dan akhir sekali, kepada semua anak muda di Jalan Kebun semalam, gua tabik springgggg kepada lu orang semua...walaupun kita tidak sekolah dan belajar tinggi-tinggi macam golongan mahasewel, sekurang-kurangnya kita telah tunjukkan bahawa budi bahasa, adab dan fikiran kita yang waras masih mampu untuk berterima kasih dan menghargai apa yang kita ada.

Kepada kepimpinan negara, ingatlah! Tidak semestinya mereka yang belajar tinggi-tinggi tu cerdik-cerdik belaka...
read more...

JOM SEBARKAN "JANJI DITEPATI"




Mari kita lihat sendiri usaha-usaha yang telah dan sedang kerajaan laksanakan demi pembangunan negara amnya dan kebajikan rakyat khasnya. Diharap pamplet ini dapat memberikan serba sedikit penerangan terhadap inisiatif-inisiatif yang diambil oleh kerajaan yang mana sebelum ini agak gagal penyampaiannya diterjemahkan kepada rakyat khususnya mereka yang di luar bandar.

Disediakan dalam 4 bahasa bagi memudahkan pemahaman semua kaum, diharap ia dapat disebarkan secara menyeluruh kepada rakyat.





KLIK LINK BERIKUT (JANJI DITEPATI) MENGIKUT KESUKAAN ANDA:

1. VERSI BAHASA MELAYU

2. VERSI BAHASA INGGERIS

3. VERSI BAHASA CINA

4. VERSI BAHASA TAMIL
read more...

SAAT DAN KETIKA IZRAIL MENJEMPUT RASULLULLAH SAW

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.





Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?''Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya.

'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita umatnya ini.

Betapa pula cinta kita kepadanya?

Betapa taatnya kita kepada ajarannya?

Betapa tulusnya ingatan kita kepadanya?

Betapa alpanya kita kepada pesanannya?
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top