Nuffnang

GEMPAR!!! DESAKAN SEKS DALAM PARLIMEN

Panas...Panaasss..Panaaaasssss


 
Siapa Gwo-Burne Loh?? Rasanya lebih ramai yang mengetahui dan mengenali beliau gara-gara Video VK Lingam menjelang PRU 12 yang lalu. Tup-tap bertanding di Kelana Jaya dan menang. Apa punya pengundi laa....


 
Apa pun sampai sekarang ada tak dengar cerita pasal YB ni? Apa bantuan dan sumbangan beliau kepada Kelana Jaya? Rasa macam tiada je... tak tahu le.


Tapi di sini gua ingin bagitau kepada you all semua salah satu kerja yang YB ni buat sepanjang lebih kurang 4 tahun yang lepas ialah mengkaji perihal perilaku seks di kalangan warga emas serta ketahanan anak muda dalam menolak ajakan seks. Kenapa gua kata begitu? You all lihat le sendiri soalan yang beliau ajukan di Parlimen.


 
SOALAN:

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memupuk belia yang kental dan berupaya melawan desakan seks daripada seorang berusia lebih 60 tahun yang didakwanya meliwat.

Kan gua dah kata, lama tu beb. Selama 4 tahun jadi YB, rupa-rupanya beliau membuat kajian tentang perkara ini.

Mai kita tengok pulak apa kata Menteri yang terlibat, sapa lagi kalau bukan Shabery Cheek

JAWAPAN

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, melalui 12 Kementerian yang terlibat secara langsung dengan pembangunan belia, pelbagai program telah dan sedang di jalankan bagi memastikan generasi belia menjadi warganegara yang cemerlang, kental dari segi fizikal dan mental serta bertanggungjawab kepada masyarakatnya.

Namun begitu, tidak mungkin mana-mana kerajaan mampu mengadakan program terhadap perlakuan setiap individu di negaranya. Ini termasuk mengawal setiap individu tanpa mengira usia, yang mungkin ada keupayaan dan kelainan tertentu yang boleh menguasai dan mengawal orang lain bagi memenuhi semua jenis kehendak individu berkenaan.

Saya percaya, YB Kelana Jaya boleh mencari banyak contoh di dunia di mana ada individu yang walaupun berusia tetapi mempunyai keupayaan untuk menundukkan orang lain yang lebih muda darinya.

Menteri Dato Sri Ahmad Shabery Chik
Menteri Belia dan Sukan
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top