Nuffnang

HUTANG NEGARA : Mahathir Kantoi Menipu Lagi


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyebarkan cerita buruk terhadap Malaysia dan kali ini mendakwa hutang negara kini mencecah sehingga US$900 bilion atau RM3.6 trilion dengan kadar tukaran mata wang asing semasa.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN (BNSC) Datuk Eric See-To Choong menegaskan, keterdesakan Dr Mahathir mencipta berita palsu amat jelas berikutan hutang semasa Malaysia kini cuma RM680 bilion iaitu bersamaan 50.7% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

"Dengan pengalaman beliau sebelum ini (sebagai Perdana Menteri), Mahathir pastinya tahu bila negara diambang bankrap dan beliau sedar pada hari ini, kita masih jauh daripada masa gelap tersebut.

"Tetapi saya tertanya-tanya apa jenis keterdesakan dan motivasi yang mendorong negarawan berusia seperti Tun Mahathir bercakap buruk mengenai negaranya sendiri dan mengeluarkan kata-kata bohong sebegini?" kata Eric dipetik kenyataan.

Beliau berkata demikian memetik ucapan Dr Mahathir disiarkan oleh Malaysiakini mendakwa hutang Malaysia telah mencecah US$900 bilion dan akan menjadi bankrap seperti negara Greece.

"Lihat apa terjadi kepada Greece.. Di sini, kita berhutang lebih banyak daripada Greexe dan kita lebih miskin daripada Greece," dakwa Dr Mahathir.

Jelas Eric, dengan nisbah hutang Malaysia diparas 50.7% daripada RM1.3 trilion KDNK negara, ianya adalah pada kedudukan terendah daripada 92 negara yang mempunyai hutang tinggi termasuk Singapura, Jerma, USA, UK dan kebanyakan negara-negara membangun lain.

"Dan 50.7% adalah lebih rendah daripada paras 103.4% ketika pentadbiran Mahathir pada 1986 selepas beliau menggandakan hutang negara dalam tempoh lima tahun berkuasa.

"Juga, hutang kerajaan bukan US$900 bilion(RM3.6 trilion). Ianya adalah RM680 bilion atau kira-kira US$170 bilion. Saya tertanya-tanya dari mana Mahathir petik angka US$900 bilion?" tanya Eric.

Jelas beliau, jika benar hutang Malaysia mencecah RM3.6 trilion ini nibah hutang kepada KDNK negara pada kadar 300% - lebih tinggi daripada Jepun pada paras 220%.

Katanya, berbanding Greece yang berhutang dalam nilai Euro yang bukan dibawah kawalan mereka, hutang negara adalah didalam nilai Ringgit yang didagang dan dikawal sendiri oleh Malaysia.

"Malaysia juga tidak berhutang satu sen pun daripada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), jadi siapa dia orang yang akan buatkan kita bankrap?".

Tambah Eric lagi, sewaktu berkuasa, Dr Mahathir menubuhkan DanaHarta dan DanaModal untuk menampung kerugian syarikat korporat dan bank sehingga pasara saham menjunam 80% kepada 200 mata.

"Tidak seperti sekarang dimana indeks pasaran saham pada 1796 mata iaitu lebih dua kali ganda pada paras 800 mata ketika Datuk Seri Najib Razam mengambil alih tugas sebagai PM.

"Sejumlah besar projek seperti Plaza Rakyat, Bukit Beruntung, KL Linear City dan projek Grand Hotel terbengkalai - tidak seperti sekarang dimana tiada projek seumpama itu terbengkalai," ujarnya lagi.

Share this article

1 Komen:

  1. Cukup kontradiksi dengan apa yang disampaikan oleh boboi madey ni

    https://youtu.be/tpR-0TAXKTg

    Siapa benar? Siapa bohong? Atau kedua-dua kaki pembohong?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top