Nuffnang

NUKLEAR : KFC Bahan Trump, McDonald's


DONALD Trump pada Selasa menulis di Twitter: 'Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un baru saja menyatakan bahawa 'butang nuklear sentiasa berada di atas mejanya.

"Bolehkah seseorang dari rejimnya memaklumkan kepadanya bahawa saya juga mempunyai butang nuklear, tetapi ia lebih besar dan lebih kuat daripada yang dimilikinya dan butang saya berfungsi!"

Pasukan media sosial KFC Amerika Syarikat (AS) mempersendakan tweet presiden pada Rabu, dengan 'mengusik' pesaingnya McDonald's.

Restoran makanan segera itu menulis: "Ketua McDonald, Ronald baru menyatakan dia sentiasa mempunyai sebiji burger di atas mejanya. Bolehkah seseorang dari rejim kasut besarnya, hidung merahnya, memberitahunya bahawa saya juga mempunyai burger di meja, tetapi saya punya adalah sekotak hidangan yang lebih besar dan lebih hebat daripada yang dimilikinya dan saya mempunyai kuah!"

Bagaimanapun meja presiden itu sebenarnya tidak mempunyai butang nuklear.

Isu ini timbul selepas Jong Un dalam ucapan Hari Tahun Baru berkata AS tidak akan dapat memulakan perang melawan Korea Utara sekarang kerana negaranya telah mengembangkan kemampuan untuk melancarkan serangan ke atas negara itu dengan senjata nuklearnya.

"Seluruh AS berada dalam lingkungan senjata nuklear kami dan butang nuklear sentiasa ada di meja saya.

"Ini adalah kenyataan, bukan satu ancaman," kata Jong Un semasa ucapan Tahun Baru di televisyen. -mirrorUK

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top