Nuffnang

VIDEO : Penunggang Motor Langgar Wanita Diburu Polis. Sebarkan!!


Video rakaman sepanjang 29 saat itu tular di media sosial sejak kelmarin menunjukkan seorang wanita melintas jalan sebelum dilanggar penunggang motosikal.

Penunggang motosikal tersebut melarikan diri selepas terlanggar seorang wanita yang melintas jalan dalam kejadian di Sungai Nibong, Georgetown, pada petang Isnin lalu.

Akibat rempuhan itu, wanita itu tercampak dan penunggang terbabit hanya melihat mangsa seketika sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Apa yang dikesalkan, beberapa pemandu kereta yang berada di tempat kejadian juga tidak pula membantu mangsa sebelum wanita itu bangun dan berjalan dalam keadaan kesakitan.

Kerana sikap tidak bertanggungjawab itu, penunggang motosikal berkenaan kini telah menjadi buruan pihak polis.

Orang ramai yang memiliki maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau balai polis berhampiran. - Harian Metro

KLIK SINI  untuk video.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top